Malaysia kini diambang gelombang COVID-19 yang kedua apabila kes positif semakin lama semakin meningkat naik. Perkara ini amat dirisaukan oleh rakyat kerana ada yang fikir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 akan dilaksanakan semula. Namun, sekiranya PKP 2.0 dilaksanakan semula, apa akan jadi kepada para peniaga atau sektor ekonomi negara?
Pada hari Sabtu yang lalu, 3 OOktober 2020, boleh dilihat kes positif di Malaysia meningkat secara mendadak dan telah mencatatkan rekod sejarah tertinggi di Malaysia.
Sebelum ini kes yang paling tinggi adalah sebanyak 277 kes pada Mac yang lalu. Rata-rata netizen sangat marah dengan peningkatan kes yang mendadak.
Namun, kes ini telah naik secara mendadak disebabkan oleh pilihan raya yang dijalankan di Sabah pada bulan lalu. Arahan yang dikeluarkan untuk menjalani proses kuarantin di rumah selama 14 hari dipandang remeh oleh beberapa orang yang tidak ambil serius.
Terdapat juga yang selepas pulang dari Sabah, mereka terus bekerja di tempat kerja masing-masing, ada juga yang mengajar di sekolah. Sehinggakan anak-anak murid dan sekolah tersebut terpaksa ditutup.

Ramai yang hanya ambil enteng dengan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun, walaupun kes meningkat, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) tidka akan dilaksanakan semula, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri.
Hal ini kerana kebanyakkan tempat yang mempunyai kes yang tinggi ialah di Sabah, Selangor dan juga Kedah. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) hanya akan dilakukan di kawasan yang mempunyai kes positif tinggi sahaja.
-Oktober 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here