Kejadian ini telah menyebabkan semua umat Islam di seluruh dunia bengang dan berang dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron. Hal ini kerana beliau tidak menghormati langsung agama Islam yang ada di dunia ini.
Apa sebenarnya yang berlaku?
Seorang guru Perancis, Samuel Paty ditemui maut dengan kepalanya telah dipenggal oleh pelarian Chechen. Guru itu telah menggunakan karikatur Nabi Muhammad S.A.W sebagai tajuk untuk kebebasan bersuara kepada pelajarnya.
Isu ini juga membuatkan lagi hangat apabila Presiden Perancis itu sendiri tidak mahu menghapuskan karikatur itu dan menganugerahkan Samuel Paty dengan anugerah tertinggi orang awam Perancis iaitu Legion d’honneur.
Malah, kerajaan Perancis juga telah menutup sebuah masjid apabila mereka mendakwa tempat itu ialah tempat menyebarkan bahan-bahan ekstremis. Kerajaan negara itu juga telah membubarkan organisasi Muslim yang dianggap sebagai ekstremis, menurut New Statesman.
Susulan itu, banyak negara-negara Muslim termasuk Malaysia telah mula memboikot barangan yang dikeluarkan oleh Perancis. Turki juga telah menuduh Emmanuel Macron orang yang memulakan kempen membenci umat Islam.
Manakala di Malaysia, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri telah menghantar surat khusus kepada duta Perancis daripada Malaysia. Surat itu adalah wakil umat Islam Malaysia. Dalam isi tersebut juga beliau menyatakan perasaan kesal dengan lukisan karikatur Nabi Muhammad S.A.W.
Bahkan bukan sahaja beliau mengirimkan surat, tetapi juga beliau menghadiahkan buku kepada duta Perancis. Buku itu bertajuk al-Shama’il al-Muhammadiyyah (The Sublime Qualities of The Prophet Muhammad) sempena dengan bulan kelahiran Rasulullah S.A.W.
Bila anak mula bercita-cita untuk menjadi doktor, perkara pertama yang bermain di fikiran ibu bapa biasanya:
❓ Universiti mana yang sesuai?
❓ Bagaimana pengalaman belajar di...
Bila sebut sahaja tentang Bandung, ramai yang terbayangkan suasana bandar yang nyaman, kos kehidupan yang lebih bersahabat dan kehidupan mahasiswa yang aktif.
Tetapi tahukah anda?...
Anak bercita-cita menjadi doktor veterinar? Jangan hanya fikir tentang universiti yang dekat atau mudah untuk dimasuki. Fikirkan juga tentang peluang yang mungkin terbuka untuk...