Produk sawit dari FV Holdings dikhabarkan bakal diharamkan untuk diimport ke Amerika Syarikat. Hal ini kerana Amerika Syarikat mendakwa terdapat kerahan tenaga buruh paksa yang wujud dalam industri FGV Holdings. Menurut Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan AS (CBP) menjelaskan pengharaman tersebut adalah berdasarkan hasil siasatan selama setahun.

Hasil siasatan tersebut mendakwa syarikat gergasi ini melakukan kerahan tenaga buruh paksa seperti penyeksaan terhadap golongan ditindas, keganasan fizikal dan seksual. Tidak kurang juga terdapat dakwaan iaitu melakukan ancaman dan penyimpanan pengenalan diri. Buruh paksa dari golongan kanak-kanak juga digunakan dalam proses pengeluaran minyak sawit bagi syarikat tersebut.

Pengharaman aktiviti import itu berkuat kuasa serta merta. CBP juga telah mengeluarkan arahan Pemerintahan Tahanan Pelepasan (WRO) terhadap kemasukan dan juga penggunaan minyak sawit daripada syarikat tersebut.

Hal ini berlaku sejurus selepas sekumpulan hak asasi meminta pihak berkuasa AS untuk melakukan siasatan terperinci terhadap FGV. Siasatan tersebut tidak lain tidak bukan adalah kebimbangan penggunaan buruh paksa dan pemerdagangan manusia.

Namun FGV Holdings memlih untuk berdiam diri dan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here