Safer Food akan membantu anda untuk mempromosikan perniagaan melalui jualan secara atas talian. Jualan makanan dan minuman tidak terhad kepada satu jenis makanan sahaja, peniaga boleh menjual pelbagai juadah makanan. Dari makanan Barat, Cina, India dan Melayu ke kuih muih dan pencuci mulut.

Peniaga yang mahu meluaskan perniagaan boleh menyertai Safer Food Merchant. Pendaftaran untuk menjadi Safer Food Merchany adalah percuma dan khidmat penghantaran dan pengambilan makanan juga disediakan.

Ianya untuk memudahkan peniaga kecil, home kitchen dan restoran untuk meluaskan jualan makanan dan minuman mereka. Jika anda berminat untuk menyertai Safer Food Merchant, muat turun aplikasi Safer Food di Google Play Store atau Apple App Store. Klik link di bawah untuk peniaga melakukan terus pendaftaran.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Serentak Sebagai Abang Rider Safer

Safer Food : https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Google Play Store : https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Apple App Store : https://bit.ly/SaferFood-AppStore

Terdapat syarat yang perlu diikuti terlebih dahulu untuk menyertai Safer Food Merchant. Antara syaratnya ialah peniaga mestilah memiliki kad pengenalan diri, sijil halal, memiliki lesen perniagaan dan memiliki sijil SSM. Selain itu, peniaga juga perlu melengkapkan dokumen dan butiran perniagaan. Butiran perniagaan seperti waktu kedai beroperasi, lokasi perniagaan anda, menu makanan dan minuman serta harga makanan dan minuman yang dijual.

Cara untuk melengkapkan dokumen dan mendaftar adalah sangat mudah. Ianya dengan hanya menangkap gambar dokumen yang dikehendaki dan muat naik dokumen berkenaan. Peniaga boleh menonton video – video tutorial di Youtube Safer untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Setelah peniaga muat turun aplikasi Safer Food, akaun perniagaan anda akan muncul di situ. Peniaga perlulah melengkapkan profil perniagaan agar mudah untuk pelanggan berurusan dan memilih makanan dan minuman untuk mereka beli.

BACA JUGA :   Promosikan Perniagaan Makanan Di Safer Food

Jika, peniaga masih tidak memahami bagaimana mahu mendaftar atau muat naik dokumen dan juga butiran kedai. Peniaga boleh mengikuti kelas yang disediakan Safer untuk membantu para peniaga. Isi borang di bawah, sekiranya peniaga berminat untuk mengikuti kelas bersama Safer. Kelas Bersama Safer perlu ditempah terlebih dahulu mengikut kesesuaian hari dan waktu lapang peniaga.

Kelas Bersama Safer Food : https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood

Sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut, anda boleh layari laman web dan media sosial kami.

Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here