Rakyat Indonesia dikhabarkan melakukan demonstrasi besar-besar di beberapa daerah di Indonesia dek kerana ketidakpuasan hari terhadap undang-undang berkaitan dengan tenaga kerja. Ianya berlaku di Jakarta, Lampung, Bandung, Tangerang, Makasar, Yogyakarta dan juga Surabaya. Demonstrasi ini melibatkan golongan pelajar universiti dan juga Persatuan Buruh Indonesia.

Demonstrasi ini dilakukan bagi membantah Undang-Undang Omnibus Law Cipta Kerja yang telahpun diluluskan oleh Parlimen Indonesia pada Isnin lepas. Demosntrasi yang pada awalnya dijalankan secara aman, bertukar ganas apabila pihak polis cuba untuk meleraikan suasana.

Undang-Undang Omnibus Law Cipta Kerja yang diluluskan itu melibatkan pengabaian hak pekerja seperti :

  1. Pengurangan kos pampasan terhadap pekerja yang diberhentikan
  2. Pengurangan cuti tahunan
  3. Pembatalan Peraturan gaji minima
  4. Pindaan berkaitan pekerja kontrak
BACA JUGA :   Universiti Padjadjaran: Menawarkan Bidang Farmasi Terbaik di Indonesia

Pihak berkuasa cuba meleraikan demonstrasi tersebut dengan melepaskan gas pemedih mata dan juga semburan air. Pelaku demonstrasi ini dikhabarkan membakar pondok polis, merosakkan harta benda awam, membaling objek dan juga molotov cocktail kepada anggota polis.

Menurut laporan The Star, setakat ini demonstrasi melibatkan hampir 1000 orang yang telah pun ditangkap oleh pihak polis. Seramai 400 pelajar yang telah dikenalpasti. Pihak kerajaan bimbang dengan jumlah peningkatan COVID-19 yang bakal tercetus dari demonstrasi ini.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here