Madrasah Daulah ialah sebuah syarikat yang menawarkan khidmat konsultan kepada pelajar. Malah, pelajar yang berminat untuk sambung belajar ke luar negara boleh berdaftar melalui Madrasah Daulah.
Selain Indonesia, terdapat juga beberapa negara lain yang ditawarkan kepada pelajar iaitu Poland, Bangladesh, Mesir, Turki dan Rusia. Kesemua negara ini ada menawarkan macam-macam bidang namun entri kali ini hanya akan fokus kepada Indonesia.
Indonesia ialah sebuah negara republik yang merupakan negara jiran Malaysia. Malaysia dan Indonesia mempunyai budaya, agama, adat dan bahasa yang lebih kurang sama. Jadi pelajar tidak akan menghadapi sebarang masalah di sana.
Mereka akan mudah untuk belajar di sana kerana makanan, agama dan adat adalah sama. Malah, mereka juga akan dapat rasai sendiri pengalaman baru belajar di sana kerana Indonesia juga terkenal dengan adatnya yang pelbagai dan bahasa.
Selain daripada itu, pelajar yang melanjutkan ke Indonesia juga akan dibawa ke tempat-tempat pelancongan. Sebelum mereka memulakan sesi orentasi atau pelajaran, pihak Daulah Educonsult akan mengajak mereka ke tempat pelnacongan.
![]()






