Bangladesh merupakan sebuah universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult untuk sambung belajar ke luar negara. Pelbagai bidang yang boleh dipilih oleh pelajar namun bidang di sana kebanyakkannya bidang berkaitan dengan ilmu perubatan.
Tidak hairan universiti di sana banyak menawarkan bidang yang berkaitan dengan ilmu perubatan. Hal ini kerana, negara itu juga merupakan sebuah negara yang mempunyai ilmu perubatan yang tinggi selain India.
Bidang yang ditawarkan kepada pelajar ialah bidang perubatan, pergigian, farmasi dan veterinar. Pendaftaran adalah dibuka kepada pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya.
Universiti yang menawarkan bidang perubatan ialah Dhaka Medical College. Kolej ini merupakan kolej perubatan dan didapati sebuah hospital dari kolej ini yang terletakĀ di Ibu negara Bangladesh, Dhaka. Bidang perubatan di kolej ini adalah selama 5 1/2 tahun pada kemasukan Januari 2021.
Tambahan, bilangan pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke kolej itu adalah seramai 1000 orang. Hospital Dhaka telah dibina pada tahun 1982 dan mempunyai enma bangunan bertingkat.
Selain itu, terdapat juga sebuah universiti yang menawarkan bidang perubatan iaitu Mymensingh Medical College. Kolej ini merupakan kolej perubatan yang ditubuhkan pada tahun 1924 di Baghmara.
Tambahan, institusi ini merupakan institusi perubatan di bawah kerajaan Bangladesh. Jumlah pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke kolej ini adalah lebih daripada 1,000 orang. Malah, kolej ini juga mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Medical Council (MMC).
Selain bidang perubatan, terdapat sebuah kolej perubatan yang terkenal di Bangladesh. Kolej tersebut ialah Dhaka Dental College. Kolej ini merupakan kolej pergigian yang tersebar di Bangladesh.
Malah, ia juga merupakan kolej pergigian pertama yang ditubuhkan di Timur Pakistan pada Ogos 1961. Selain daripada itu, kolej ini satu-satunya kolej perubatan di bawah kerajaan Bangladesh. Menarik lagi apabila kolej ini dikenali sebagai kolej pergigian terbaik dengan pelbagai peringkat Ijazah Pergigian di Bangladesh.