SAFER merupakan sebuah aplikasi yang telah menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna. Kesemua perkhidmatan boleh didapatkan hanya dalam satu aplikasi sahaja. Jadi ini akan memudahkan pengguna untuk rasai pengalaman menggunakan kesemua perkhidmatan di SAFER.
Bagaimana hendak berdaftar sebagai pengguna SAFER? Muat turun sahaja aplikasi SAFER melalui Google Play Store bagi pengguna Android atau Apps Store bagi pengguna Apple. Mereka juga boleh melakukan pendaftaran dengan hanya tekan sahaja link di bawah.
User SAFER : http://tinyurl.com/y7p2xzjp
Apa perkhidmatan yang ada di SAFER?
SAFER RIDE

Perkhidmatan ini adalah kemudahan kepada pengguna untuk menempah kenderaan ke destinasi pilihan mereka. Safer Ride juga telah menyediakan beberapa jenis kenderaan.

    • SaferGo : kereta yang telah dikeluarkan pada tahun 2011 hingga tahun yang terkini. Kereta jenis ini sesuai untuk aktiviti harian seperi tempat kerja, pasar malam, hospital dan macam lagi.
    • Safer Gold : kereta yang mempunyai enjin berCC besar. Kereta ini pula sesuai untuk mereka yang hendak ke sesuatu majlis.
    • SaferGo Xtra : kereta jenis MPV yang mempunyai tujuh tempat duduk. Kereta ini sesuai untuk mereka yang mempunyai rakan-rakan yang ramai.
    • Safer Indulge : kereta yang mempunyai kapasiti lebih besar berbanding jenis MPV. Kereta ini sesuai untuk pengguna yang ingin menuju ke lapangan terbang.
SAFER DELIVERY
Perkhidmatan ini adalah perkhidmatan penghantaran barang kepada pelanggan. Pengguna yang membuat tempahan ini selalunya yang mempunyai perniagaan sendiri. Barang yang hendak dihantar tersebut akan dihantar oleh rakan penghantar SAFER atau Safer Delivery Partner. Terdapat dua jenis penghantaran yang boleh dipilih.

    • Single delivery : penghantaran yang boleh ke satu lokasi sahaja dalam satu-satu masa.
    • Multi Delivery : penghantaran yang boleh ke banyak lokasi iaitu sebanyak 5 lokasi dalam satu-satu masa.
Barang yang beratnya melebihi 10 kg, digalakkan untuk dihantar menggunakan kenderaan empat pacuan roda. Namun jika barang tersebut kurang daripada 10 kg, digalakkan untuk menghantar menggunakan motorsikal.
SAFER FOOD
Pengguna yang hendak makan sesuatu tapi malas nak keluar boleh gunakan perkhidmatan Safer Food. Perkhidmatan ini dapat membantu pengguna untuk menempah segala jenis makanan yang hendak dimakan hanya di dalam talian sahaja.
Tambahan, SAFER juga kini sudah melancarkan satu program yang dapat membantu pengguna.Program tersebut ialah Advance Dulu Lah!. Advance Dulu Lah! adalah program yang akan membuat penggandaan baki dalam wallet pengguna SAFER.
Sekiranya baki dalam wallet SAFER ada RM30, mereka boleh membuat permohonan melalui Advance Dulu Lah! dengan mengisi maklumat yang diminta. Amaun yang boleh diminta ialah RM30. Jadi wallet pengguna akan berganda menjadi RM60 setelah permohonan tersebut diluluskan.
Nilai maksimum yang boleh dimohon adalah sebanyak RM50 dengan baki wallet sebanyak RM100. Namun sekiranya wallet pengguna sudah kosong dan mereka topup semula, maka nilai yang dimohon akan ditolak. Jika membuat permohonan sebanyak RM30, maka RM30 akan ditolak.
Program ini dapat membantu pengguna untuk nikmati kesemua perkhidmatan tanpa perlu ada kerisauan jika baki wallet tidak cukup.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here