Safer kini sedang mencari rakan penghantar dan pemandu kenderaan e-hailing kepada mereka yang mencari wang sampingan. Malah, Safer juga menawarkan ini kepada mereka yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda dan motorsikal. Pendaftaran sebagai Safer Delivery Partner dan Driver adalah percuma.
Pendaftaran boleh dilakukan dengan hanya muat naik aplikasi SAFER DRIVER menerusi Google Play Store atau Apps Store. Mereka juga boleh lakukan pendaftaran dengan hanya klik link yang tertera di bawah.
Safer Driver : http://tinyurl.com/ycetm3vh
Mereka yang hendak berdaftar perlu mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Safer. Maklumat yang perlu ada sebelum lakukan pendaftaran adalah kad pengenalan, lesen D1 atau B2 dan gambar profil. Gambar profil perlu gambar yang jelas dan sopan. Malah, maklumat kenderaan mereka juga perlu dimuat naik antaranya ialah :
-
-
Roadtax
-
Geran
-
Insurans
-
Akaun bank
-
Kesemua maklumat yang dimuat naik perlu maklumat yang lengkap dan sahih. Sekiranya tidak, pengaktifan akaun atau pendaftaran dapat dilakukan.
Mereka yang berdaftar sebagai pemandu Safer atau Driver Safer perlu mempunyai lesen PSV dan EPV. Kedua-dua lesen ini adalah lesen wajib yang perlu ada untuk mendaftar sebagai pemandu e-hailing, Safer. Arahan ini telah dikeluarkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong.
Pendaftaran sebagai Safer Delivery Partner dan Driver juga hanya dibuka kepada warganegara Malaysia. Segala maklumat yang dimuat naik hendaklah maklumat yang sahih.
Kebanyakkan pemandu kenderaan e-hailing kini adalah mereka yang terdiri daripada warga asing. Mereka dapat maklumat palsu daripada orang tidak bertanggungjawab. Jadi ini adalah wajib dan perlu ditegaskan sebelum melakukan pendaftaran.
Mereka yang berdaftar sebagai pemandu Safer boleh memilih beberapa jenis kenderaan yang hendak berkhidmat bagi Safer Ride. Terdapat beberapa jenis kenderaan yang boleh didaftarkan.
-
-
SaferGo : kereta yang telah dikeluarkan pada tahun 2011 hingga tahun terkini. Jenis kenderaan adalah tidak kisah samada sedan atau hashback. Contoh kereta adalah seperti Perodua Myvi, Proton Saga, Proton Myvi dan banyak lagi.
-
Safer Gold : kereta yang mempunyai enjin berCC besar. Contohnya seperti BMW, Mercedes, Porsche dan banyak lagi.
-
SaferGo Xtra : kereta jenis MPV dengan enam hingga tujuh tempat duduk. Contoh kereta adalah seperti Toyota Avanza, Proton Exora, Perodua Alza dan banyak lagi.
-
Safer indulge : kereta yang berkapasiti besar. Kereta ini lebih besar daripada MPV. Contohnya adalah seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard dan banyak lagi.
-
Itu adalah jenis kenderaan untuk pemandu Safer. Bagi rakan penghantar Safer tiada syarat kenderaan yang perlu dipatuhi. Mereka boleh memilih samada untuk berdaftar sebagai penghantar barang atau penghantar makanan. Lesen adalah wajib ada namun bagi mereka yang menunggang motorsikal perlu ada lesen ‘L’ sekurang-kurangnya.
Penghantaran barang adalah perkhidmatan yang akan membantu pengguna untuk menghantar barang ke pelanggan atau penerima. Terdapat dua jenis penghantaran yang boleh dipilih oleh rakan penghantar Safer.
-
-
Single Delivery : penghantaran yang boleh hantar ke satu lokasi sahaja dalam satu-satu masa.
-
Multi Delivery : penghantaran yang boleh ke banyak lokasi dalam satu-satu masa iaitu sebanyak 5 lokasi.
-