Safer Food merupakan sebuah aplikasi yang dapat membantu peniaga makanan untuk memperluaskan perniagaan secara dalam talian.
Malah, mereka juga akan dapat meningkatkan hasil jualan mereka secara dengan hanya satu aplikasi sahaja. Pendaftaran ke dalam aplikasi Safer Food adalah percuma.
Siapa yang boleh berdaftar? Mereka ialah peniaga kecil, home kitchen, restoran, peniaga trak makanan dan pelbagai lagi. Macam mana nak berdaftar?
Mudah sahaja dengan muat turun aplikasi SAFER FOOD menerusi Google Play Store atau Apps Store. Pendaftaran juga boleh dilakukan dengan klik link di bawah.
Safer Food : https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Namun sebelum melakukan pendaftaran di Safer Food, terdapat beberapa syarat dan butiran yang perlu ada. Antaranya ialah :
-
-
Lesen perniagaan
-
Kad pengenalan
-
Sijil halal
-
Lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
-
Kesemua maklumat ini adalah perlu ada untuk berdaftar ke Safer Food. Malah, mereka juga perlu membuat beberapa tetapan di dalam aplikasi tersebut berkaitan dengan kedai mereka. Tetapan ini adalah penting supaya pengguna dapat info mengenai dengan premis perniagaan makanan mereka.
-
-
Lokasi premis perniagaan
-
Waktu beroperasi
-
Menu makanan
-
Akaun bank
-
Tapi macam mana kalau kesemua maklumat dan tetapan di atas tidak dapat dilakukan atau dilengkapkan? Jangan risau kerana Safer Food telah menyediakan kelas untuk mereka. Pihak Safer Food akan mengajar mereka bagaimana untuk lakukan pendaftaran, memuat naik maklumat, membuat tetapan kedai dan macam-macam lagi.
Namun untuk menyertai kelas tersebut mereka perlu mengisi borang untuk membuat tempahan. Kelas tersebut dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari.
Kelas Bersama Safer Food : https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood
Selepas ini mereka dapat meningkatkan hasil jualan mereka hanya dalam talian sahaja. Video di bawah akan menunjukkan cara bagaimana untuk menyemak hasil jualan yang telah terjual.
Selain itu, Safer Food juga kini sedang giat mencari konsultan dan rider konsultan Safer Food. Mereka ini ialah orang yang akan memberikan khidmat konsultan kepada peniaga makanan yang berminat untuk berdaftar. Pendaftaran sebagai konsultan dan rider konsultan adalah percuma sahaja.
Mereka yang hendak berdaftar sebagai rider konsultan perlu mengikut syarat yang telah ditetapkan iaitu:
-
-
18 tahun ke atas
-
Rider SAFER
-
Mampu bekerja di bawah KPI
-
Lelaki atau perempuan
-