Sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda Malaysia, sektor perniagaan yang melibatkan perniagaan khususnya mengalami penyusutan. Hal ini sekaligus memberikan impak negatif kepada restoran, peniaga kecil, peniaga food truck dan sebagainya. Mereka perlu akur dengan arahan kerajaan dengan waktu operasi yang singkat dan jumlah pelanggan yang ditetapkan pada satu-satu masa.
Sedar dengan situasi yang berlaku, Safer muncul dengan program baharu iaitu Safer Promote Vendor yang beri peluang kepada mereka yang terkesan dengan situasi sekarang untuk promosikan perniagaan dengan lebih proaktif. Program terbaru ini memberikan promosi istimewa yang tentunya dapat menarik minat pelanggan untuk melakukan pembelian di kedai anda.
Namun, peluang ini hanya terhad kepada vendor yang telah mendaftar sebagai Safer Food Merchant sahaja. Peluang ini juga terbuka kepada para vendor di seluruh Malaysia. Cara mendaftar juga adalah sangat mudah dan percuma.
Klik untuk pendaftaran baru : https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Panduan yang betul melakukan pendaftaran sebagai Safer Food Merchant :
SAFER PROMOTE VENDOR
Bagi vendor yang berminat untuk sertai program terbaru ini, pendaftaran Safer Promote Vendor adalah percuma. Anda hanya perlu kemukakan satu menu khas untuk diberikan diskaun. Diskaun yang menarik mampu membuatkan pelanggan membeli di kedai anda.
Melalui program ini, logo kedai anda di aplikasi Safer Food juga akan ditambah baik agar pengguna peka bahawa kedai anda mengikuti program terbaru ini. Jumlah diskaun juga akan dipaparkan beserta dengan menu.
Program ini berlangsung hingga 31 Disember 2020. Jika anda berminat untuk gandakan sales kedai anda, Deenamik sangat sarankan anda untuk sertai program terbaru dari Safer ini. Sudah ramai rakan niaga anda yang turut serta dalam Safer Promote Safer ini. Hal ini mereka yakin mereka mampu jana keuntungan berlipat ganda melalui program ini.
Berikut adalah syarat – syarat yang melayakkan anda sertai Safer Promote Vendor ini.
1. Vendor wajib online & kekal aktif
2. Vendor wajib pilih 1 menu yang hendak diberikan diskaun (minimum 1 menu)
3. Lengkapkan maklumat kedai di aplikasi Safer
4. Tiada caj bayaran
5. Dilarang ‘declined’ order tanpa sebab munasabah
Cara untuk sertai juga adalah semudah ABC. Ikuti langkah mudah berikut :
1. Kedai sudah diaktifkan oleh admin
2. Pilih salah satu menu dan berikan diskaun pada menu tersebut
3. Isi Cognito form dengan lengkap
4. Tunggu admin approve dan mula mempromosikan kedai anda .
Mudahnya. Cara untuk berniaga juga sangat mudah. Safer sediakan Safer Delivery Partner yang akan menghantar pesanan makanan pelanggan anda. Anda hanya perlu fokus dalam menyediakan makanan pelanggan anda.
Tunggu apa lagi? Rebut peluang ini. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 018-9624322 untuk maklumat lebih lanjut.