Bangladesh ialah salah satu negara yang telah dipilih oleh Daulah Educonsult untuk melanjutkan pelajaran. Malah, negara ini juga banyak menawarkan bidang perubatan terutamanya kepada pelajar. Selain bidang perubatan, terdapat juga bidang farmasi, veterinar dan pergigian.
Lanjutan pelajaran ke luar negara adalah dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya. Antara universiti yang menawarkan bidang perubatan kepada pelajar ialah Dhaka Medical College. Kolej ini adalah institusi perubatan yang mempunyai hospitalnya sendiri. Hospital tersebut ialah Hospital Dhaka.
Malah, terdapat juga sebuah institusi yang menawarkan bidang perubatan iaitu Chittagong Medical College. Kolej ini telah ditubuhkan pada tahun 1956 dan merupakan sebuah institusi perubatan kedua di Bangladesh selepas Kolej Perubatan Dhaka.
Selain itu, institusi ini juga merupakan sebuah institusi kedua tertua di Bangladesh yang terletak di Bandar Port, Chittagong of Bangladesh. Terdapat juga sebuah hospital yang disediakan iaitu Chittagong Medical College Hospital.
Bidang pergigian pula dikhaskan di sebuah kolej di Bangladesh dan merupakan kolej pergigian terbesar milik kerajaan Bangladesh. Kolej tersebut ialah Dhaka Dental College. Kolej ini telah ditubuhkan pada tahun 1961 dan merupakan satu-satunya kolej pergigian terbesar di Bangladesh.
Apa yang menariknya ialah kolej ini juga menawarkan perkhidmatan kecemasan 24 jam di Hospital Pergigian Dhaka.
Universiti ini merupakan satu-satunya universiti yang merupakan universiti veterinar terbesar di Bangladesh. Universiti ini pada mulanya berfungsi sebagai Kolej Penternakan Haiwan dan Sains Veterinar di Bangladesh. Keluasan kolej ini adalah seluas 120 kilometer iaitu kira-kira 75 batu di utara Dhaka.
Menarikkan? Jadi sekiranya ingin sambung belajar ke Bangladesh bersama Daulah Educonsult, isi sahaja borang yang disediakan di bawah.
Menunggu keputusan UPU boleh menjadi satu tempoh yang penuh dengan ketidakpastian dan tekanan. Ramai pelajar menghabiskan masa berbulan-bulan menanti tanpa mengambil sebarang langkah alternatif....
Dalam kalangan pelajar Malaysia yang bercita-cita menjadi doktor, pemilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi sering menjadi topik hangat, terutama sekali kalau pelajar yang...
Ramai yang lebih selesa bila tidur dalam keadaan gelap, tetapi ada juga yang terbiasa tidur dengan keadaan terang atau lampu menyala. Tahukah anda bahawa...