Daulah Educonsult ialah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat konsultan kepada pelajar. Pelbagai negara yang telah ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar. Malah, mereka juga telah ditawarkan dengan bidang yang menarik di sana.
Antara negara yang tersenarai di Daulah Educonsult ialah Mesir, Poland, Bangladesh, Indonesia, Turki dan Rusia. Namun entri kali ini akan diterangkan tentang sebuah universiti di Rusia.
Universiti ini merupakan sebuah universiti perubatan terbaik di Rusia. Malah, universiti ini merupakan universiti pertama yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam praktikal bidang perubatan.
Apa yang menarik ialah, sistem pembayarannya adalah sangat mudah. Hal ini kerana yuran pengajian dibayar mengikut mata wang Malaysia dan bukan Rusia. Selain daripada itu, bayarannya juga adalah secara lock-fee.
Di mana, bayaran tersebut adalah tetap dan tiada cas tambahan yang akan dikenakan. Bidang yang ditawarkan kepada pelajar pula ialah bidang perubatan dan pra-perubatan.
![]()






