Indonesia merupakan sebuah negara yang terletak berhampiran dengan negara Malaysia. Pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Indonesia sangat beruntung kerana Indonesia adalah serumpun dengan kita. Segala makanan, adat, budaya dan agama adalah lebih kurang sama dengan Malaysia.
Selain daripada itu, Indonesia juga merupakan salah satu negara yang dipilih oleh Daulah Educonsult untuk pelajar. Pelajar yang ingin terdapat beberapa buah universiti yang dibuka sesi pendaftarannya pada sesi September 2021. Mereka boleh membuat tempahan awal menerusi Daulah Educonsult untuk bidang mereka minati dan universiti.
Pelajar yang ingin smabung belajar ke Indonesia tidak sama seperti sambung pelajaran ke negara lain. Mereka perlu masuk ke Kolej Bersama Daulah dahulu sebelum memasuki ke universiti pilihan mereka. Hal ini kerana sistem pelajaran di Indonesia tidak sama dengan negara lain.
Sepanjang di Kolej Bersama Daulah, mereka akan menduduki fasa asasi dalam bidang pilihan mereka. Tidak kira bidang perubatan, farmasi, pengajian Islam dan banyak lagi.
Info tambahan, Kolej Bersama Daulah adalah kolej yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Setelah tamat pengajian di Kolej Bersama Daulah, mereka akan dimasukkan ke universiti pilihan mereka di Indonesia.
Namun, sebelum mereka memasuki ke sesi pembelajaran, Daulah Educonsult akan membawa pelajar ke tempat pelancongan di Indonesia. Segala bayaran telah dimasukkan semasa membuat pembayaran di Daulah Educonsult. Banyak tempat yang akan dibawa seperti Danau Toba, Bali dan macam-macam lagi.

Universiti yang ditawarkan dan paling banyak dipilih oleh pelajar ialah Universiti Sumatera Utara. USU menawarkan bidang perubatan kepada pelajar-pelajar yang berdaftar melalui Daulah Educonsult. Malah, USU telah ditubuhkan pada tahun 4 June 1952 di Sumatera Utara. Universiti ini telah mendapat kedudukan 6 tertinggi di Medan, Indonesia.
Sebelum ini, Universiti Sumatera Utara diberi nama sebagai Perguruan Tinggi Negeri (PTN) sehingga 2003. Nama Universiti Sumatera Utara (USU) telah kekal sehingga ke harini.

Selain itu terdapat dua universiti yang menawarkan pendaftaran sesi September 2021 iaitu Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau (UIN SUSKA Riau). Universiti merupakan sebuah universiti yang terletak di Pekanbaru, Indonesia. Terdapat beberapa fakulti yang ditawarkan di UIN SUSKA Riau iaitu Fakulti Tarbiyah dan Keguruan, Syari’ah dan Ilmu Hukum,Usuluddin, Dakwah dan Ilmu Komunikasi, Sains dan Teknologi, Psikologi serta Ekonomi dan Ilmu Sosial.

Universiti yang seterusnya ialah Universitas Islam Negeri Ar-Raniry yang terletak di Bandar Acheh. Universiti ini secara rasminya telah didirkan sebagai pusat pengajian Islam di Indonesia pada tahun 1963. Fakulti yang terdapat di universiti ialah Fakulti Syariah dan Hukum, Fakulti Usuluddin dan Filsafat, Fakulti Dakwah dan Komunikasi serta Fakulti Adab dan Humaniora.
Jadi pelajar yang berminat untuk sambung belajar ke Indonesia, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here