5 Oktober 2020 telah mencatatkan sejarah baru buat Malaysia apabila kes positof COVID-19 telah meningkat secara mendadak. Kes yang dicatatkan pada hari semalam adalah sebanyak 432 kes positif Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang semakin risua dengan jumlah kes yang semakin lama semakin meningkat naik.

Semalam juga Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah disahkan positif jangkitan COVID-19. Beliau yang juga baru pulang dari Sabah kini sedang menjalani rawatan. Malah, menteri-menteri yang terlibat dalam Mesyuarat Menteri-Menteri juga telah diarahkan untuk menjalani ujian swab. 
Susulan itu, kesemua menteri yang menyertai Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menjalani kuarantin selama 14 hari. Termasuk dengan Perdana Menteri sebagai presiden mesyuarat itu telah menjalani kuarantin.
Menteri Pertahanan, Datuk Ismail Sabri juga terpaksa membatalkan sidang media semalam kerana beliau juga terlibat dalam mesyuarat tersebut. Beliau telah membatalkan untuk mengelakkan risiko keberjangkitan kepada mereka yang hadir pada sidang media semalam.
Selain daripada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan terdapat tiga kluster baru dua di Kedah dan satu di Terengganu. Kluster di Kedah ialah Kluster Bah Sintok dan Kluster Jeram manakala di Terengganu ialah klsuter Bah Tanjung.
Kluster Bah Sintok telah menjangkiti 11 individu dan Kluster Jeram pula telah menjangkiti 3 petugas kesihatan. Sementara kluster di Terengganu telah menjangkiti 6 individu.
Malah, sebuah pusat beli belah yang terbesar di Malaysia telah ditutup buat sementara waktu. Perkara ini disebabkan oleh salah seorang pekerja di dalam pusat beli belah berkenaan telah didapati positif COVID-19. Pekerja tersebut pekerja merupakan pekerja di Mac City Service Centre.
Pekerja yang dijangkiti kini sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur. Menurut netizen, One Utama kini sudah tidak sama lagi seperti dulu. Keadannya sangat lengang dan tidak ada pelanggang kelihatan di situ.

Terdapat sebuah lagi pusat beli belah yang terpaksa ditutup disebabkan oleh jangkitan virus COVID-19. Seoranag kakitangan di premis pakaian ‘Brands Outlet’ telah didapati positif COVID-19 dalam pusat beli belah Paradigm Mall, Petaling Jaya.
Dimaklumkan juga apabila seorang rakan serumah kepada kakitangan yang dijangkiti tersebut baru sahaja pulang dari Sabah pada 27 September yang lalu. Proses disinfeksi juga telah dilakukan di dalm pusta beli belah berkenaan.
-Oktober 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here