Program Maahad Buuth ialah sebuah program yang ditawarkan oleh Madrasah Daulah kepada mereka yang berminat untuk belajar. Pendaftaran kemasukan ke program tersebut tidak memerlukan sebarang sijil pun. Samada sijil SPM atau STAM sekali pun, mereka akan buka peluang berdaftar tanpa sijil.
Namun, tempoh pengajian di program Maahad Buuth adalah selama 6 tahun iaitu dari tingkatan 1 hingga 6. Namun sebelum mereka memasuki ke Maahad Buuth, mereka akan dimasukkan ke dua kelas berbeza. Kelas ini adalah sebagai persediaan untuk menduduki Ujian Imtihan Qabul.
-
Markaz Nile : kelas pengajian Bahasa Arab. Pelajar akan diajar dalam Bahasa Arab sepenuhnya.
-
Sanad Tahsinul Quran : kelas khatam 30 juzuk Al-Quran.
Pelajar yang tidak mempunyai sebarang asas atau tidak tahu langsung berbahasa Arab, jangan risau. Di sini lah mereka boleh belajar Bahasa Arab dengan fasih sambil menimba ilmu baharu. Subjek yang akan diajar sepanjang di dalam kelas tersebut ialah :
-
-
Tahsiinul Qur’an
-
Tahfizul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Bahasa Arab
-
Pengajian Umum
-
Program Study Tour
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
-
Apa yang menariknya lagi ialah Madrasah Daulah membuka tawaran pendaftaran kepada mereka yang bermula umur dari 12 hingga 31 tahun. Malah, lelaki dan perempuan juga boleh berdaftar masuk ke program Maahad Buuth.
Selain itu, syarat untuk berdaftar hendaklah mempunyai kemahuan belajar yang tinggi serta mampu mengikuti peraturan yang ditetapkan. Tambahan, mereka juga hendaklah mampu mengikuti aktiviti yang akan dilaksanakan.
![]()





