Aku Bukan Gila, satu kisah yang sarat dengan isu yang sangat sensitif dan berat yang sering dipandang remeh oleh masyarakat. Penyakit mental yang sering kali dipandang serong oleh masyarakat sebenarnya boleh sembuh dengan sokongan padu orang sekeliling. Ikuti kisah ringkas Aku Bukan Gila lakonan Fasha Sandha, Beto Kusyairy, Wanna Ali dan Aman Shah secara percuma di WeTV Iflix.

Lokasi penggambaran di Llandudno, North Wales dan juga di Malaysia. Tempoh masa yang diambil hanyalah 10 hari sahaja. Menurut pengarah filem, Rahila Ali, filem ini diinspirasikan dari kisah benar seorang penghidap bipolar disorder iaitu sejenis penyakit mental. Filem terbitan Pencil Picture & Records ini ditayangkan secara eksklusif dan percuma menerusi WeTV Iflix.

BACA JUGA :   AKU BUKAN GILA - Angkat Isu Bipolar Disorder

Mengisahkan Andra lakonan Fasha Sandha yang membawa diri ke Llandudno, North Wales untuk mencari ketenangan jiwa bertemu Andre di sana. Watak Andre dibawakan oleh Beto Kusyairy yang berdepan dengan masalah dalaman tersendiri. Pertemuan yang tidak disengajakan itu dimulakan dengan perkelahian, pergaduhan dan juag salah faham.

Namun, mereka semakin akrab menempuh alam persahabatan yang sangat indah. Namun, adakah mereka mampu menempuh segala cabran dan dugaan untuk melayari bahtera persahabatan yang bahagia? Saksikannya secara percuma di WeTV Iflix sekarang!

Team Deenamik dijemput untuk majlis pelancaran trailet eksklusif filem ini yang bertempat di Hotel Flamingo, Ampang Kuala Lumpur. Terima kasih Deenamik ucapkan atas jemputannya,. Jom tonton video di bawah :

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here