Di Singapura, penyelidik telah membangunkan satu mesin untuk mengesan COVID-19. Ujian pernafasan ini dibangunkan untuk mengesan COVID-19 dalam tempoh seminit. Ia akan mengesan sebatian organik mudah meruap (VOC) di dalam nafas individu berjaya mencapai lebih 90 peratus keputusan tepat dalam ujian klinikal yang telah dilakukan ke atas 180 pesakit.
Menurut National University of Singapore (NUS) dalam kenyataan media, individu yang diuji hanya perlu menghembuskan nafas menggunakan penutup mulut pakai buang yang disambungkan ke alat penguji berketepatan tinggi.
Nafas yang dihembuskan kemudian dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam spektrometer untuk pengukuran. Mesin yang lengkap dengan perisisan kemudian akan menganalisis profil VOC dan seterusnya menghasilkan hasilnya dalam masa kurang dari satu minit.
Menurut universiti itu lagi, teknologi yang dibangunkan oleh syarikat pemula niaga NUS Breathonix, menawarkan penyelesaian yang cepat dan mudah untuk mengenal pasti jangkitan COVID – 19.
Ketua Pegawai Eksekutif Breathonix Dr. Jia Zhunan berkata, VOC dihasilkan secara konsisten oleh pelbagai reaksi biokimia dalam sel manusia.
Menurutnya lagi, penyakit yang berlainan menyebabkan perubahan spesifik pada sebastian, mengakibatkan perubahan yang dapat dikesan dalam profil nafas seseorang. Disebabkan itu, VOC dapat diukur sebagai penanda penyakit seperti COVID-19.
Ketua pegawai operasi firma berkenaan, Du Fang, berkata bahawa corong mulut sistem ini mempunyai injap sehala dan perangkap air liur yang menghalang penyedutan dan air liur daripada memasuki mesin. Ianya tidak mungkin untuk berlaku pencemaran silang.
Sumber : Channel News Asia
NUS start-up develops 60-second breath test to detect COVID-19 https://t.co/y1NAKH7D5V pic.twitter.com/NaXgW2Zc48
— CNA (@ChannelNewsAsia) October 20, 2020