Safer telah menyediakan peluang kerja kosong kepada mereka yang mempunyai kenderaan sendiri.
Malah, mereka yang hendak mencari wang sampingan juga boleh jana pendapatan dengan secara serentak. Pendaftaran boleh dilakukan secara percuma.
Mereka yang berdaftar tidak perlu serabut kepala kerana waktu kerjanya adalah lebih fleksibel.
Apabila terdapat tempahan, maka itu ialah waktu kerja bagi mereka. Apabila tempahan masuk, maka pendapatan aktif boleh dijana.
Pendapatan aktif adalah pendapatan yang diperoleh secara tidak langsung. Manakala pendapatan pasif ialah pendapatan yang diperoleh secara tidak langsung. Pendapatan pasif adalah bergantung kepada referral code.
Referral code tersebut boleh didapatkan menerusi aplikasi SAFER DRIVER. Kod itu juga boleh dikongsikan kepada orang ramai. Sekiranya ada yang berdaftar dan menjalankan job sebagai Safer Delivery Partner dan Driver, maka mereka akan peroleh komisen.
Semakin banyak yang berdaftar dan menjalankan job, semakin banyak komisen yang akan diperoleh. Komisen yang diperoleh adalah sebanyak 1% daripada caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna.
Mereka yang berdaftar perlu mana yang hendak berdaftar. Safer Delivery Partner menyediakan dua perkhidmatan iaitu Safer Delivery dan Safer Food.
Safer Delivery ialah penghantaran barang kepada si penerima.
Manakala Safer Food ialah perkhidmatan untuk menghantar makanan kepada pengguna. Safer Delivery menyediakan dua jenis perkhidmatan iaitu :
      • Single Delivery : penghantaran barang ke satu lokasi sahaja dalam satu-satu masa.
      • Multi Delivery : penghantaran barang yang boleh ke banyak lokasi dalam satu-satu masa iaitu sebanyak 5 lokasi.

Safer Driver pula ialah pemandu kenderaan e-hailing Safer. Perkhidmatan Safer Ride ialah perkhidmatan untuk membawa penumpang ke destinasi pilihan mereka. Terdapat beberapa perkhidmatan yang mereka boleh pilih untuk berdaftar.
    • SaferGo : kereta yang dikeluarkan pada tahun 2011 hingga tahun yang terkini. Kereta ini juga tidak kisah kereta jenis hashback atau sedan. Contohnya adalah seperi Perodua Myvi, Perodua Axia, Proton Saga dan banyak lagi.
    • Safer Gold : kereta yang mempunyai enjin berCC besar. Contohnya adalah seperti BMW, Mercedes, Volkswagen dan banyak lagi.
    • SaferGo Xtra : kereta jenis MPV yang mempunyai enam hingga tujuh tempat duduk. Contohnya adalah seperti Perodua Alza, Proton Exora dan banyak lagi.
    • Safer Indulge : kereta yang mempunyai kapasiti jauh lebih besar berbanding dengan kereta jenis MPV. Contohnya adalah seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard dan banyak lagi.
Banyakkan yang boleh dipilih? Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here