Sudah lima hari berturut-turut kes positif COVDI-19 di Malaysia masih kekal dengan tiga angka dan 800 ke atas. Tiada petunjuk sebarang penurunan akan berlaku sekiranya ramai yang tidak mematuhi dan tidak memberi kerjasama dalam membendung virus ini.
Sungguhpun begitu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan supaya wanita yang berpurdah perlu memakai pelitup muka. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata niqab atau purdah tidak mampu untuk menghalang mereka daripada dijangkiti.
Seperti yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata golongan ini juga wajib untuk memakai pelitup muka.

Tambahnya lagi, mereka hendaklah memakai pelitup muka jenis 3 lapisan tidak kisah fabrik atau pun pakai buang. Pemakaian pelitup muka juga perlu dipakai di bahagian dalam purdah.
-Oktober 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here