Sepanjang tempoh pandemik COVID-19, kebanyakan negeri dan daerah telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan peningkatan kes yang mendadak. Sebagai contoh, Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Selangor telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Kebanyakan penduduk sekitar yang bekerja diarahkan untuk bekerja dari rumah atau Work From Home. Tidak kurang juga yang dibuang kerja atau diberhentikan dek kekangan syarikat untuk menggajikan pekerja mereka.

Ramai yang beralih kepada sektor e-hailing untuk mencari pendapatan sampingan. Sektor e-hailing di Malaysia termasuklah servis penghantaran penumpang, makanan dan juga barangan. Antara syarikat e-hailing yang menawarkan perkhidmatan e-hailing terbaik di Malaysia adalah Grab, Safer, Food Panda, Mycar, Dacsee dan banyak lagi. Anda boleh gunakan perkhidmatan yang ditawarkan di aplikasi yang tersedia.

Safer antaranya selain menawarkan perkhidmatan e-hailing terbaik. mereka turut buka peluang pekerjaan kepada driver, rider (delivery partner) dan juga food merchant. Pendaftaran untuk ketiga-tiga pekerjaan ini adalah percuma. Cara mendaftar juga adalah percuma.

BACA JUGA :   Syarat - Syarat Menjadi Rakan Pemandu Dan Penghantar Safer.

Sepanjang tempoh PKP ini, penghantaran makanan mendapat permintaan yang agak tinggi daripada pengguna Safer. Oleh itu, abang dan kakak rider sangat digalakkan melakukan pendaftaran sebagai rider Safer. Skop kerja anda adalah melakukan penghantaran makanan kepada pengguna yang membuat pesanan di Safer Ride. Anda akan mengambil makanan daripada Safer Food Merchant yang terpilih.

Penghantaran boleh dilakukan dengan menggunakan motorsikal atau kereta. Selepas melakukan pendaftaran, anda akan dibekalkan dengan baju tshirt dan juga satu thermal box. Thermal box itu berfungsi sebagai ‘perangkap haba’ yang memastikan makanan atau minuman berada dalam suhu yang sama.

Pendaftaran adalah mudah. Klik untuk daftar secara percuma : http://tinyurl.com/y7p2xzjp

Untuk mendaftar sebagai rider dan driver, anda perlu memenuhi beberapa syarat yang melayakkan diri anda. Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi:

Driver Safer: 

  • Pemegang lesen D, PSV dan EVP
  • Mempunyai kenderaan kereta yang berusia tidak lebih dari 10 tahun
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses Internet

Rider Safer :

  • Pemegang lesen B
  • Mempunyai kenderaan kereta / motorsikal yang berusia tidak lebih dari 10 tahun
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses Internet

Mudah bukan? Deenamik mendoakan agar anda dikurniakan kesihatan yang optimum agar anda mampu untuk bekerja dalam situasi pandemik COVID-19 ini. Jangan lupa ikuti platfom media sosial Safer untuk ketahui lebih banyak promosi dan info terkini dari Safer.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here