Tergempar Jumaat lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berjumpa dengan Yang Di-Pertuan Agong untuk laksanakan darurat. Pengisytiharan tersebut adalah susulan dengan kes COVID-19 yang semakin meningkat dan membimbangkan.
Namun, Yang Di-Pertuan Agong telah menitahkan bahawa tiada keperluan untuk melaksanakan perintah darurat. Baginda telah titah selepas memperhalusi permohonan yang dibuat oleh Perdana Menteri. Selain itu, baginda telah berbincang dengan Raja-Raja melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara pada waktu ini, menurut Berita Harian Online.
Apa yang telah dimohon oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150 (1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020). Undang-undang ini adalah untuk memerangi ancaman virus COVID-19 menurut Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan.
Tambahan menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, kerajaan telah berjaya membendung virus COVID-19 dengan baik dan berkesan. Malah, baginda juga menambah bahawa Yang Dipertuan Agong berpendapat untuk tidak melaksanakan perintah darurat buat masa ini.
Perdana Menteri telah mengadap Yang Di-Pertuan Agong untuk membentangkan cadangan hasil Mesyurata Khas Kabinet. Selain itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjunjung kasih dengan keputusan YDPA.
Annuar Musa, ahli Majlis Tertinggi UMNO sangat menghargai keyakinan baginda pada keupayaan kerajaan menangani COVID-19. Menerusi ciapannya, beliau telah menyatakan “Teruskan tugas seperti mana di titah. Menjunjung kasih atas keyakinan yang begitu tinggi Seri Paduka Baginda Tuanku atas keupayaan yang telah di buktikan kerajaan memerangi COVID-10”.

Namun begitu, sungguhpun darurat tidak diisytiharkan, Yang Di-Pertuan Agong mengingatkan supaya ahli politik menghentikan segala politiking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara. Menurut MalaysiaKini.
-Oktober 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here