Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikeluarkan, kes COVID-19 meningkat dengan lebih tinggi kepada 1054 kes semalam. Negeri Sabah masih mencatatkan angka tinggi untuk kes baharu yang telah dilaporkan. Peningkatan terhadap jumlah kes ini berkemungkinan daripada sampel yang di peroleh daripada ujian saringan COVID-19.

Ujian saringan yang dilakukan oleh KKM di kawasan – kawasan yang berzon merah dan di lapangan – lapangan terbang. Kluster – kluster yang sedia ada juga penyumbang kepada peningkatan kes yang berlaku.

Kes pulih COVID-19 yang telah dilaporkan semalam juga berada di angka tinggi iaitu sebanyak 875 kes. Kes pulih di Sabah adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 549 kes dan diikuti dengan Selangor sebanyak 149 kes dan negeri – negeri lain.

Negeri Sabah masih mencatatkan jumlah tinggi dalam kes baharu COVID-19. Jumlah tersebut ialah sebanyak 678 kes yang telah dicatatkan. Kebanyakan kes telah dikesan yang dilaporkan adalah berikutan dengan aktiviti di lapangan yang giat dijalankan termasuk pengesanan kontak rapat dan saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Plaza Hentian, Kajang.

BACA JUGA :   5 Lokasi Air Terjun Menarik Yang Boleh Anda Kunjungi Di Malaysia

Daripada 1054 kes baharu yang dilaporkan itu, 14 kes baharu adalah kes import. 14 kes import yang mendapat jangkitan daripada luar negara ialah Korea Selatan (4 kes), Jepun (2 kes), Filipina (2 kes), Uzbekistan (1 kes), China (1 kes), Hong Kong (1 kes), Nepal (1 kes), United Kingdom (1 kes), dan Republik Maldives (1 kes).

Manakala, daripada 1040 kes baharu, terdapat 7 kes adalah individu yang pulang daripada Sabah. Penambahan 7 lagi individu ini, telah membuatkan jumlah yang melibatkan individu pulang daripada Sabah ialah sebanyak 478 kes.

Di Sabah, daripada 678 kes yang dilaporkan 290 kes baharu adalah daripada kluster – kluster yang sedia ada. Manakala, 221 kes adalah daripada kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19. Terdapat satu kes saringan Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan 166 kes adalah daripada lain – lain saringan COVID-19.

BACA JUGA :   Senam sekejap banyak faedah

Oleh itu, KKM menyarankan untuk semua rakyat mematuhi arahan dan nasihat yang telah dikeluarkan. Tambahan pula dengan berlakunya peningkatan kes COVID-19. SOP yang ditetapkan perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada virus ini terus menular. Pemakaian pelitup muka, kerap membasuh tangan dan patuhi jarak sosial agar kita sama – sama dapat memutuskan rantaian COVID-19.

Rakyat juga mestilah mengelakkan 3S/3C iaitu elakkan berada di tempat sesak (crowded place), elakkan juga berada di tempat sempit (confined space) dan elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation).

Selain itu, rakyat juga perlu mengamalkan 3W iaitu kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan beri amaran (warn) seperti amalkan etika batuk dan bersin, elak kunjung mengunjungi, dapatkan rawatan jika bergejala dan sanitasi tempat yang kerap disentuh.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here