Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes baharu yang direkodkan semalam ialah sebanyak 1309 kes. Dengan penambahan kes tersebut, jumlah kes yang masih aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 11 481.
Kes COVID-19 di Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 493 kes. Di mana 473 kes adalah daripada kluster-kluster di tempat kerja iaitu di tapak-tapak pembinaan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 290 kes dan Selangor sebanyak 238 kes. Walaupun begitu, jumlah kes pulih juga tinggi iaitu sebanyak 1333 kes, ini telah menjadikan jumlah kes pulih kepada 52 647 kes.
KKM telah mengeluarkan satu kenyataan di media sosial Twitter, tentang persediaan yang dilakukan dalam menghadapi peningkatan kes. Peningkatan kes yang melibatkan pekerja – pekerja di tapak pembinaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 1061 katil telah disediakan khusus untuk pesakit COVID-19.
Dua hospital yang terlibat ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC). Kedua-dua hospital ini adalah hospital hibrid. Berikut adalah jumlah katil yang disediakan di hospital berkenaan.
1. 433 katil di blok Maternity HKL
2. 398 katil di Bangunan Utama HKL
3. 230 katil di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).
KKM telah membuat persediaan rapi susulan peningkatan mendadak kes #COVID19 di KL khususnya melibatkan pekerja-pekerja di tapak binaan.
Setakat 29 Nov 2020, jumlah katil yang dikhususkan bagi pesakit #COVID19 adalah1,061 katil iaitu: pic.twitter.com/JSqYBUSbLh
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) November 29, 2020
KKM menyarankan untuk semua mestilah mengelakkan 3S/3C iaitu elakkan berada di tempat sesak, elakkan juga berada di tempat sempit dan elakkan untuk bersembang pada jarak dekat.
Selain itu, mengamalkan 3W iaitu kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan beri amaran (warn) seperti amalkan etika batuk dan bersin, elak kunjung mengunjungi, dapatkan rawatan jika bergejala dan sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)