Peningkatan kes yang berlaku di Semenanjung sebelum ini sangat membimbangkan. Walaupun begitu, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam. Kes pulih COVID-19 yang telah dilaporkan ialah sebanyak 2 555 kes. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat bagus. Tahniah diucapkan dan ribuan terima kasih buat frontliner yang bertungkus lumus dalam menangani kes COVID-19 ini.

Berikutan dengan peningkatan kes serta jumlah kes yang masih aktif juga tinggi. Negeri Sabah yang menyumbang kepada kes pulih yang tinggi iaitu sebanyak 2126 kes. Diikuti dengan negeri – negeri lain seperti Selangor iaitu sebanyak 207 kes.

Kes COVID-19 di Malaysia telah mencecah 60 752 kes semalam, dan kes baharu yang telah direkodkan ialah sebanyak 935 kes. Manakala, jumlah kes yang masih aktif pula ialah sebanyak 11 348 kes.

BACA JUGA :   Malaysia di Tangga Pertama Sistem Kesihatan Terbaik Dunia

Jika sebelum ini kes di negeri Selangor mempunyai lojakan kes yang tinggi, kini kes yang dilaporkan di Selangor ialah sebanyak 161 kes. Negeri Sabah yang mencatatkan kes baharu yang tinggi semalam iaitu sebanyak 326 kes. Kes – kes yang dilaporkan berkemungkinan daripada kluster – kluster yang sedia ada. Terdapat juga 6 kluster bahatu yang telah dikenal pasti oleh KKM.

Kluster tersebut ialah :

  • Kluster Bot Biru : Melibatkan daerah Tawau, Sabah
  • Kluster Blok 31 : Melibatkan daerah Tawau, Sabah
  • Kluster Gemilang : Melibatkan syarikat logistik dalam daerah Johor Bahru, Johor.
  • Kluster Tapak Bina Sungai Udang : Melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak pembinaan dalam daerah Kepong, Kuala Lumpur
  • Kluster Chengal : Melibatkan daerah Kota Bharu, Machang, Kelantan.
  • Kluster Damar Laut : Melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Pulau Pinang serta daerah Padang Terap, Kedah.
BACA JUGA :   TIPS DIET YANG SEIMBANG SEMASA BULAN PUASA

KKM menyarankan untuk semua mestilah mengelakkan 3S/3C iaitu elakkan berada di tempat sesak (crowded place), elakkan juga berada di tempat sempit (confined space) dan elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation).

Selain itu, mengamalkan 3W iaitu kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan beri amaran (warn) seperti amalkan etika batuk dan bersin, elak kunjung mengunjungi, dapatkan rawatan jika bergejala dan sanitasi tempat yang kerap disentuh.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here