Pelajar yang mahu menyambung pengajian di Indonesia boleh mendaftar menerusi Daulah Educonsult. Kebanyakan universiti di Indonesia menawarkan pengajian di bidang perubatan. Selain daripada Indonesia, negara lain yang juga ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Turki, Mesir, Poland, Rusia dan Bangladesh.

Universiti yang ditawarkan di Indonesia telah mendapat pengiktirafan, jadi para pelajar tidak perlu risau untuk menyambung pengajian melalui Daulah Educonsult. Pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Majlis Pergigian Malaysia (MDC), Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Majlis Veterinar Malaysia (MVC).

Bagi pelajar yang mahu menyambung pengajian ke Indonesia, mereka akan dimasukkan ke Kolej Bersama Daulah. Kolej Bersama Daulah ini terletak di Kuala Lumpur. Pelajar dimasukkan ke Kolej Bersama Daulah ini kerana sistem pembelajaran yang berlainan antara Malaysia dan Indonesia.

Tawaran belajar di Indonesia ini adalah untuk sesi September 2021 untuk beberapa buah universiti. Pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke Indonesia boleh membuat tempahan awal di Daulah Educonsult. Universiti yang menawarkan pengajian di bidang perubatan ialah Universitas Sumatera Utara dan Universitas Airlangga. Namun terdapat juga universiti lain yang ditawarkan di Indonesia.

Universitas Sumatera Utara

Universiti yang paling ramai pelajar Malaysia menyambung pengajian ialah Universitas Sumatera Utara. Universitas Sumatera Utara merupakan sebuah pengajian tinggi awam yang terletak di bandar metropolis Medan.

Universitas Sumatera Utara menawarkan pengajian di dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi. Universiti ini juga telah ditubuhkan pada 4 Jun 1952. Selain itu universiti ini merupakan salah satu universiti yang terbaik di Pulau Sumatera. Ianya merupakan universiti negeri tertua di luar Jawa. Malah, universiti ini juga adalah yang pertama di Pulau Sumatera yang mempunyai Fakulti Kedokteran (Perubatan).

BACA JUGA :   Pendaftaran Kemasukan Sesi 2020 Universiti Luar Negara

Fakulti Kedokteran (Perubatan) ini telah didirikan pada 20 Ogos 1952. Pada 20 November 1957 Presiden Indonesia, Soekarno telah merasmikan Universitas Sumatera Utara universiti negeri ketujuh di Indonesia.

Tempoh pengajian di Universitas Sumatera Utara adalah mengikut bidang pengajian. Bagi bidang perubatan dan pergigian, tempoh pengajian adalah selama 5 tahun. Manakala, untuk bidang pengajian farmasi, tempoh pengajian adalah selama 4 tahun.

Syarat kelayakan untuk memasuki universiti tersebut ialah seperti di bawah ;

  1. Mempunyai STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma.
  2. Minimum CGPA 3.00 (Sekiranya cgpa bawah 3.00, sila hubungi Daulah).
  3. Wajib mengambil subjek BIOLOGI, KIMIA & FIZIK dalam SPM.

Universitas Airlangga

Universiti Airlangga adalah universiti yang kedua tertua di Indonesia dan juga sebuah universiti awam yang terletak di Surabaya, Jawa Timur. Universiti Airlangga mula-mula ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan jauh dari Universiti Indonesia, dengan asal sejak tahun 1913. Tetapi universiti tersebut secara rasmi telah ditubuhkan oleh Peraturan Pemerintah Indonesia pada tahun 1954.

Pada mulanya ia merupakan sebuah sekolah perubatan dan sekolah pergigian. Kini, Universiti Airlangga menjadi tuan rumah 15 buah fakulti dengan lebih daripada 35,000 pelajar (selama tahun akademik 2015-2016) dan 1,570 ahli fakulti. Universiti Airlangga juga mempunyai hospital universiti untuk fakulti Perubatan, Perubatan Veterinar, Kejururawatan, dan Pergigian.

BACA JUGA :   Institut Pertanian Bogor Universiti Kelas Dunia

Universitas Islam Negeri Sultan Syaruf Kasim Riau

Universitas Islam Negeri Sultan Syaruf Kasim Riau menawarkan bidang pengajian islam, psikologi dan lain – lain. Dibina pada mulanya sebagai Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sultan Syarif Kasim Riau pada 19 September 1970. Pada 4 Januari 2005 universiti ini dikenali sebagai Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.

Universitas Islam Negeri Ar-Raniry

Universitas Islam Negeri Ar-Raniry juga merupakan salah satu universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Universiti ini menawarkan bidang pengajian islam. Ditubuhkan pada tahun 1960. Bidang pengajian islam yang ditawarkan ialah bidang usuluddin, tarbiyah dan syariah.

Sebelum pelajar memulakan sesi pengajian, pelajar akan dibawa ke tempat – tempat pelancongan terlebih dahulu. Tempat – tempat yang akan pelajar kunjungi ialah seperti Danau, Toba, Bali dan lain – lain. Pelajar tidak perlu risau tentang bayaran, ini keran semua bayaran sudah pun dimasukkan semasa membuat pembayaran di Daulah Educonsult.

Sekiranya pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian bersama dengan Daulah Educonsult. Pelajar boleh menghubungi talian di bawah. Sila layari laman web dan media sosial kami untuk maklumat lanjut.

Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here