Indonesia juga merupakan salah satu negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult yang mempunyai tawaran pengajian di bidang perubatan. Daulah Educonsult telah membuka tawaran belajar di Indonesia untuk sesi September 2021 untuk beberapa buah universiti. Selain daripada Indonesia, negara lain yang juga ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Turki, Mesir, Poland, Rusia dan Bangladesh.

Pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke Indonesia boleh membuat tempahan awal di Daulah Educonsult. Universiti yang menawarkan pengajian di bidang perubatan ialah Universitas Sumatera Utara dan Universitas Airlangga.

Universitas Sumatera Utara

Untuk pengetahuan pelajar, universiti yang paling ramai pelajar Malaysia menyambung pengajian ialah Universitas Sumatera Utara. Universitas Sumatera Utara merupakan sebuah pengajian tinggi awam yang terletak di bandar metropolis Medan.

Universitas Sumatera Utara menawarkan pengajian di dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi. Universiti ini juga telah ditubuhkan pada 4 Jun 1952. Bukan itu sahaja, universiti ini merupakan salah satu universiti yang terbaik di Pulau Sumatera. Ianya merupakan universiti negeri tertua di luar Jawa.

Tempoh pengajian di Universitas Sumatera Utara adalah mengikut bidang pengajian. Bagi bidang perubatan dan pergigian, tempoh pengajian adalah selama 5 tahun. Manakala, untuk bidang pengajian farmasi, tempoh pengajian adalah selama 4 tahun.

Syarat kelayakan untuk memasuki universiti tersebut ialah pelajar perlu mempunyai :

  • STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma.
  • Minimum CGPA 3.00 (Sekiranya cgpa bawah 3.00, sila hubungi Daulah).
  • Wajib mengambil subjek BIOLOGI, KIMIA & FIZIK dalam SPM.

Universitas Airlangga

Universiti Airlangga adalah universiti yang kedua tertua di Indonesia dan juga sebuah universiti awam yang terletak di Surabaya, Jawa Timur. Universiti Airlangga mula-mula ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan jauh dari Universiti Indonesia, dengan asal sejak tahun 1913. Tetapi universiti tersebut secara rasmi telah ditubuhkan oleh Peraturan Pemerintah Indonesia pada tahun 1954.

Pada mulanya ia merupakan sebuah sekolah perubatan dan sekolah pergigian. Kini, Universiti Airlangga menjadi tuan rumah 15 buah fakulti dengan lebih daripada 35,000 pelajar (selama tahun akademik 2015-2016) dan 1,570 ahli fakulti. Universiti Airlangga juga mempunyai hospital universiti untuk fakulti Perubatan, Perubatan Veterinar, Kejururawatan, dan Pergigian.

Universiti yang ditawarkan di Indonesia telah mendapat pengiktirafan, jadi para pelajar tidak perlu risau untuk menyambung pengajian melalui Daulah Educonsult.

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Majlis Veterinar Malaysia (MVC)

Kepada pelajar yang menyambung pengajian ke Indonesia, mereka akan terlebih dahulu dimasukkan ke Kolej Bersama Daulah. Kolej Bersama Daulah ini terletak di Kuala Lumpur. Pelajar dimasukkan ke Kolej Bersama Daulah ini kerana sistem pembelajaran yang berlainan antara Malaysia dan Indonesia.

Sebelum pelajar memulakan sesi pengajian, pelajar akan dibawa ke tempat – tempat pelancongan terlebih dahulu. Tempat – tempat yang akan pelajar kunjungi ialah seperti Danau, Toba, Bali dan lain – lain. Pelajar tidak perlu risau tentang bayaran, ini keran semua bayaran sudah pun dimasukkan semasa membuat pembayaran di Daulah Educonsult.

Sekiranya pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian bersama dengan Daulah Educonsult. Pelajar boleh menghubungi talian di bawah. Sila layari laman web dan media sosial kami untuk maklumat lanjut.

Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here