Kekurangan stok arnab adalah salah satu cabaran yang kebanyakan penternak arnab hadapi.

Ini kerana permintaan yang tinggi oleh pelanggan setia dan juga permintaan luar. Ia tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan oleh pelanggan tetap.

Ini merupakan satu masalah kerana kebanyakan penternak adalah pembekal daging arnab kepada beberapa restoran.

Hal ini kerana, semakin banyak restoran telah mula menjual makanan dari daging arnab seperti contoh sate. Malah, ramai peniaga yang sudah berjinak – jinak dalam menjual sate arnab.

Permintaan daging arnab di restoran sangat tinggi dan orang ramai sudah mula terima makanan seperti sate yang dibuat daripada daging arnab. Disebabkan penerimaan orang ramai, pemintaan semakin tinggi dan penternak tidak mempunyai bekalan daging yang mencukupi. Isu ini adalah cabaran yang utama untuk penternak.

BACA JUGA :   Arnab Sebagai Salah Satu Sumber Daging?

Selain itu, kos makanan arnab juga merupakan salah satu masalah dalam penternakan arnab. Apabila harga makanan mahal, arnab yang dijual juga akan turut sama menjadi mahal. Ini kerana untuk mendapatkan daging yang berkualiti tinggi, makanan yang diberikan perlulah berkhasiat untuk arnab dan tidak memudaratkan arnab tersebut.

Daging arnab mempunyai banyak khasiat dan kelebihan. Secara semula jadinya daging arnab sudah memberikan kesan yang baik untuk kesihatan.

Daging arnab mempunyai mineral yang sangat tinggi, kecuali natrium. Malah, daging arnab juga sangat kaya dengan vitamin B12 dan vitamin E. Selain itu, daging arnab mempunya protein yang tinggi dan  kandungan lemak yang rendah.

Jika anda mahu mendapatkan bekalan daging arnab, anda boleh mendapatkannya menerusi Daging Arnab Daulah. Ini kerana Daging Arnab Daulah ialah pembekal daging arnab. Kepada penggemar daging arnab dan juga para peniaga dan restoran, jika anda kekeurangan stok daging arnab. Anda boleh menghubungi pihak Daging Arnab Daulah.

BACA JUGA :   Peroleh Bekalan Daging Arnab Di Arnab Daulah

Daging Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/

Tuan Syed – 013 2090322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here