Walaupun daging arnab secara semula jadi memberikan khasiat yang sangat baik. Penerimaan masyarakat dalam pemakanan arnab telah berkembang dalam beberapa tahun lepas, menjadikan permintaan untuk daging arnab meningkat. Disebabkan itu, untuk menjadikan dagung arnab tersebut lebih berkualiti dan berkhasiat, pemakanan arnab mestilah dijaga.
Pemakanan arnab yang dapat diberi kepada arnab adalah diet yang betul. Ianya seperti memberikan arnab makanan yang kaya dengan high polyunsaturated fatty acids (asid lemak tak jenuh ganda tinggi). Ini kerana ia akan memperkayakan daging arnab dengan asid lemak penting dan bioaktif. Selain itu, makanan yang mengandungi antioksidan, ia akan memberikan tahap vitamin E yang lebih tinggi dan memanjangkan jangka hayat daging dan kaedah lain.
Kandungan lemak daging arnab jauh lebih rendah daripada daging lain, malah ia juga mengandungi kandungan kalori yang rendah. Seperti yang diketahui, daging arnab lebih kaya dengan protein.
Ini kerana daging arnab mengandungi hampir dua kali ganda jumlah semua asid amino berbanding ayam atau daging lembu. Kadar kolesterol pada arnab adalah lebih rendah daripada ayam dan hampir separuh tahap kolesterol yang terdapat pada daging lembu.
Di dalam daging arnab kandungan Vitamin B12 adalah tinggi jika hendak dibandingkan dengan daging lembu dan ayam. Ia telah menjadikannya sumber yang baik bagi mereka yang kekurangan vitamin B12. Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan vitamin E. Walaupun begitu, jika hendak dibandingkan dengan daging lain. Daging arnab mempunyai kandungan yang lebih rendah dalam vitamin B kompleks yang lain, kecuali B12. Tetapi ia masih merupakan sumber untuk B6 dan B3. Daging arnab tidak mengandungi vitamin A, vitamin D dan vitamin C.
Jika hendak dibandingkan dengan daging lain, daging arnab mempunyai kepekatan zat besi tinggi. Selain itu, daging arnab juga lebih tinggi kalsium, potasium dan magnesium, berbanding daging lembu dan ayam. Kelebihan lain dari daging arnab adalah kadar natriumnya yang rendah, menjadikannya pilihan yang tepat untuk orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Sumber : Foodstruct
Seperti yang sudah dijelaskan daging arnab mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi dan kandungan lemak serta kalori yang rendah. Pemakanan daging arnab sangat baik untuk kesihatan, tetapi pengambilan yang berlebihan akan memberikan kemudaratan pada kita.
Disebabkan itu, dalam setiap pemakanan yang di ambil mestilah di ambil dengan kandungan yang diperlukan sahaja bukan yang dikehendaki. Kerana setiap pengambilan makanan akan memberikan kesan terhadap tubuh badan kita.
Jadi kepada pengemar daging arnab, para peniaga dan restoran yang mahu mendapatkan bekalan daging arnab serta produk arnab yang lain seperti bebola daging arnab dan daging burger. Boleh menghubungi pihak Arnab Daulah untuk membuat tempahan atau[un mendapatkan bekalan.
Sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut boleh melayari laman web kami dan hubungi talian di bawah.
Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/
Tuan Syed – 013 2090322