Arnab merupakan sejenis haiwan mamalia. Arnab juga selain daripada menjadi haiwan peliharaan, arnab diternak untuk dagingnya juga. Jika terdapat peniaga ataupun restoran yang mahukan daging arnab, Daging Arnab Daulah adalah tempat yang sesuai untuk anda.
Daging Arnab Daulah membekalkan daging arnab buat penggemar daging arnab. Untuk pengetahuan semua, terdapat banyak kelebihan dan banyak khasiat pada daging arnab. Antaranya ialah daging arnab mempunyai sumber protein yang bermutu tinggi.
Mesti ada yang masih ragu – ragu, sama ada daging arnab ini boleh di makan atau tidak. Jangan risau, arnab adalah haiwan yang halal untuk dimakan. Mungkin disebabkan arnab adalah antara haiwan peliharaan yang menyebabkan ramai orang tidak sanggup untuk memakan daging arnab tersebut.
Kucing juga merupakan haiwan peliharaan, tetapi jika hendak dibandingkan dengan arnab. Kucing tidak boleh dimakan kerana kucing mempunyai taring dan juga memakin daging. Ianya membuatkan kucing adalah haram untuk di makan. Berbeza pula dengan arnab, arnab hanya makan makanan yang berunsur sayuran, buahan dan juga palet. Malah, arnab juga tidak mempunyai taring.
Khasiat Daging Arnab
Seperti yang diberitahu, daging arnab mempunyai protein yang tinggi dan juga mempunyai kandungan lemak yang sangat rendah. Selain daripada dagingnya yang enak, rasa daging arnab dikatakan seolah – olah seperti daging ayam.
Daging arnab juga sangat kaya dengan vitamin B12, malah kandungan kalori, lemak, kolestrol dan asid urik rendah. Kandungan air di dalam arnab juga lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan daging haiwan ternakan yang lain. Tahap kolestrol di daging arnab juga rendah.
Kelebihan Daging Arnab
Daging Arnab ini mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah daging arnab ini dapat merawat dan mengubati. Daging arnab berguna bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis. Ianya kerana daging arnab mengurangkan tahap glukosa dalam darah.
Bukan itu sahaja, jika anda makan daging arnab, daging tersebut akan memberi kesan kepada tubuh kita. Sistem imun tubuh badan kita akan menjadi kuat dan ia akan membersihkan usus daripada toksin dan gelangsar.
Bagi anda yang mempunyai gout, daging arnab masih boleh dimakan tetapi hanya di dalam jumlah yang kecil. Iaitu tidak melebihi dari 150 gram sehari. Daging arnab mengandungi jumlah minimun purine, yang bermaksud bahawa produk tidak memegang garam asid urik.
Daging arnab juga dapat meningkatkan tenaga, meningkatkan kecerdasan otak, Malah, ia juga berkhasiat untuk meningkatkan tenaga batin golongan lelaki dan sekiranya golongan wanita memakan hempedu arnab ianya baik untuk kesuburan.
Jika anda berminat mahu mendapatkan bekalan daging arnab dan mempunyai sebarang pertanyaan. Anda boleh layari laman web Daging Arnab Daulah dan juga menghubungi talian di bawah untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.
Daging Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/
Tuan Syed – 013 2090322