Daging Arnab Daulah merupakan pembekal daging arnab. Jika anda berminat mahu mendapatkan bekalan daging, terutama sekali kepada pengemar daging arnab, peniaga dan restoran. Ini kerana daging arnab telah dianggap sebagai sumber protein. Anda boleh menghubungi pihak Daging Arnab Daulah untuk mendapatkan bekalan.
Seperti yang sudah diterangkan pada artikel sebelum ini, daging arnab secara semula jadinya sudah baik untuk kesihatan. Daging arnab dianggap sebagai sumber protein yang penting. Terutama kerana ia mengandungi lemak yang sangat rendah, dan hanya 20% dari tubuh arnab adalah tulang. Selebihnya adalah daging, dan daging arnab memiliki banyak kandungan yang sihat.
Bukan itu sahaja, malah hanya 4% lemak dan 1 kilogram daripadanya mengandungi 350 kalori, yang kaya dengan vitamin penting seperti Vitamin B12. Selain itu, daging arnab turut mengandungi niacin, zat besi, selenium, fosforus, dan sedikit natrium.
Sebelum itu, mari kita ketahui faedah dan kebaikan memakan daging arnab. Antara kebaikannya ialah :
-
- Makanan daripada daging arnab sesuai bagi ibu mengandung. Ini kerana setiap ibu mengandung perlu makan makanan yang sihat dan berhasiat. Ianya bagus sebab daging arnab cepat untuk dicerna dan sangat kaya dengan nutrien, protein, vitamin serta mineral.
- Daging arnab juga sangat berkesan untuk menghapuskan obesiti dan juga untuk melansingkan tubuh badan. Ini kerana daging arnab mengandungi protein yang tinggi dan rendah lemak. Daging arnab merupakan sumber protein yang baik untuk orang yang gemuk dan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
- Bagi pesakit yang mempunyai hipertensi. Daging arnab berguna bagi pesakit yang menderita tekanan darah tinggi. Ini disebabkan oleh kandungan unsur natrium yang sangat kecil agar seimbang dengan nisbah nutrien yang penting dan ia adalah makanan sesuai, terutama bagi orang yang menderita tekanan darah tinggi.
- Daging arnab juga merupakan makanan yang baik untuk pesakit jantung kerana ia bebas dari kolesterol berbahaya bagi kesihatan kardiovaskular. Ini telah menjadikan daging arnab makanan yang baik untuk orang yang menderita penyakit jantung.
- Daging arnab juga bagus untuk menjaga kesihatan tulang dan gigi kerana mengandungi sebilangan besar kalsium. Kalsium adalah unsur yang sangat penting dalam pembentukan tulang dan gigi.
- Daging arnab juga mengandungi potasium dan magnesium. Potasium dan magnesium penting dalam menjaga kesihatan sistem saraf dan juga memperkuat sistem imuniti tubuh, dan melindungi terhadap strok.
- Daging arnab juga membantu untuk menguatkan kesihatan seksual kerana di dalam daging arnab mengandungi unsur zink. Ini akan membantu wanita melawan kemandulan dan meningkatkan potensi seksual pada lelaki.
- Daging arnab juga membantu dalam menyingkirkan anemia kerana daging arnab mempunyai peratusan zat besi yang tinggi yang merupakan komponen hemoglobin yang sangat penting dalam darah.
-
Daging arnab membantu membina dan menguatkan tisu dan otot, dan ini disebabkan oleh daging arnab mengandungi peratusan unsur fosforus.
Sumber : Top Healthy Eating
Banyak kebaikan pada arnab yang ramai tidak tahu. Jika anda mahukan bekalan daging arnab. Anda boleh mendapatkannya menerusi Daging Arnab Daulah. Sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut boleh layari laman web dan hubungi di talian di bawah.
Daging Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/
Tuan Syed – 013 2090322