Industri penternakan arnab di Malaysia masih belum popular dan diketahui umum, jika hendak di bandingkan dengan industri penternakan haiwan lain seperti kambing, lembu dan ayam.

Ramai yang masih kurang pengetahuan untuk menceburi industri penternakan arnab. Walaupun begitu, masih terdapat individu – individu yang sudah berjaya setelah menceburi industri penternakan arnab ini.

Namun, kebelakangan ini semakin ramai yang cuba untuk menceburi industri arnab pedaging. Pulangan yang hebat dan mudah untuk diternak mungkin menjadi punca untuk mereka menceburi industri ini. Selain daripada kelazatan dan khasiat yang ada pada daging arnab.

Untuk pengetahuan anda, daging arnab ini mempunyai pelbagai khasiat serta banyak kelebihannya. Secara semula jadinya sudah memberikan kesan yang baik untuk kesihatan. Kebiasaanya jika kita mahu mengetahui tentang sesuatu kita pasti akan membandingkan dengan apa yang sudah kita sedia maklum. Kita pasti akan membandingkan daging arnab dan daging ternakan lain, sebagai contoh daging ayam.

BACA JUGA :   Daging Arnab Baik Untuk Kesihatan.

Jika hendak dibandingkan daging arnab dan ayam, daging arnab mempunyai mineral yang sangat tinggi, kecuali natrium. Malah, daging arnab juga sangat kaya dengan vitamin B12 dan vitamin E. Manakala, ayam lebih kaya dengan vitamin B kompleks, A dan K. Daging arnab mengandungi lebih banyak protein dan juga kurang lemak.

Tambahan pula, timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (MAFI), Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, telah menyatakan bahawa industri arnab pedaging kian pesat di Malaysia. Menurut ucapannya di dalam program Perasmian Pusat Jualan Input Pertanian dan Penternakan FJ Trading, Pekan Langkap pada 7 November lepas. Terdapat pelbagai insentif yang telah disediakan oleh MAFI bagi menggalakkan masyarakat terutama sekali anak muda untuk menceburi  bidang pertanian, penternakan, perikanan dan industri makanan amnya (Sumber : Harakah Daily).

BACA JUGA :   Pengambilan Daging Arnab Berlebihan Boleh Menyebabkan Keracunan Protein

Kerajaan sangat mengalakkan bagi sesiapa yang mahu menceburi bidang penternakan khususnya penternakan arnab. Oleh itu, bagi mereka yang mahu menceburi bidang ini jangan tunggu lagi, dengan situasi pandemik yang melanda seluruh dunia.

Ramai yang mahu mencari sumber pendapapatan tambahan. Menjadi penternak boleh membantu anda untuk menyara keluarga dan juga mendapat pendapatan.

Daging Arnab Daulah merupakan pembekal daging arnab buat pengemar daging arnab. Malah, jika pihak restoran dan para peniaga mahu mendapatkan bekalan daging arnab untuk perniagaan anda. Anda boleh menghubungi pihak Daging Arnab Daulah. Hubungi talian di bawah jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan bekalan daging arnab. Anda juga boleh layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

Daging Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/

Tuan Syed – 013 2090322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here