Kecanggihan teknologi era 2020 memberi impak positif kepada generasi sekarang. Ianya mampu menaikkan taraf hidup ekonomi masyarakat jika diaplikasikan secara betul. Segala maklumat boleh didapati dengan mudah di hujung jari sahaja dengan adanya capaian Internet.
Para peniaga kini berubah kepada platfom digital ini untuk mempromosikan perniagaan mereka. Hal ini kerana mereka sedar dengan pelbagai kelebihan yang lebih memeihak kepada mereka. Rakyat Malaysia juga selesa dengan perubahan ini dimana mereka menyambut kedatangan era gig ekonomi dengan tangan terbuka. Buktinya dengan pelbagai transaksi yang dilakukan secara atas talian.
Peniaga sangat digalakkan untuk ubah strategi pemasaran mereka kepada promosi secara atas talian. Berikut adalah kelebihan yang diperoleh oleh peniaga yang berniaga secara atas talian :
PASARAN LEBIH LUAS
Dengan adanya capaian Internet, peniaga mampu meraih pelanggan dalam kelompok yang jauh lebih besar. Hal ini kerana Internet tiada batasan dan sempadan. Tambahan, kini paltfom media sosial seperti Facebook dan sebagainya adalah platfom terbaik untuk beriklan. Anda juga bebas memilih target audiens anda sendiri. Ianya jauh lebih mudah kerana majoriti rakyat Malaysia menggunakan telefon pintar.
JIMAT MASA, WANG & TENAGA
Umum mengetahui, terdapat modal yang perlu dikeluarkan untuk membina dan menwujudkan sesebuah kedai. Dengan adanya platfom media sosial, anda mampu ‘membina’ kedai anda sendiri dengan elemen digital yang jauh lebih menarik. Situasi ini sesuai untuk peniaga produk makanan yang berniaga secara Home Kitchen atau berniaga dari rumah.
Anda hanya perlukan capaian Internet yang lancar dan juga boleh promosikan secara percuma untuk peringkat awal ini seperti di blog, websiter persendirian atau Facebook dan Instagram.
RISIKO RENDAH
Kebanyakan peniaga yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan akan berdepan dengan pelbagai risiko sama ada risiko rendah dan juga tinggi. Melalui promosi secara atas talian, risiko yang ditanggung oleh peniaga adalah rendah. Tambahan, kebanyakan transaksi pembayaran yang dilakukan adalah secara atas talian yang lebih selamat dan berisiko rendah. Melalui ini, penipuan dapat dikesan dengan mudah. Tambahan, risiko memiliki kedai adalah untuk membuat bayaran sewa pada setiap bulan yang kadangkala membebankan.
WAKTU BEKERJA YANG FLEKSIBEL
Ianya sangat sesuai untuk surirumah yang ingin jana pendapatan lebih hanya dari rumah sahaja. Sambil menguruskan rumah tangga, sambil jana pendapatan. Hanya perlukan capaian Internet dan telefon pintar untuk permulaan. Bagi surirumah yang handal memasak, Deenamik cadangkan untuk anda niagakan produk makanan anda itu. Kini terdapat banyak platfom yang menyediakan peluang kepada peniaga yang ingin menjual secara atas talian.
SAFER FOOD MERCHANT
Safer Food Merchant adalah platfom terbaik untuk promosikan perniagaan anda. Pendaftaran adalah percuma dan sangat mudah. Kepada anda yang berminat, boleh lakukan pendaftaran dengan percuma dengan hanya klik link di bawah :
https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Berikut adalah kelebihan yang bakal diperoleh oleh vendor yang menyertai Safer Food Merchant :
⏰Waktu bekerja fleksibel mengikut waktu anda
?Akaun diuruskan sepenuhnya oleh vendor
?Rider disediakan untuk hantar pesanan
?Caj penolakan yang rendah
??Guide sepenuhnya oleh konsultan Safer Food
Cara Daftar Dengan Mudah
- WEBSITE : https://www.safer.my/
- FACEBOOK : https://www.facebook.com/saferasia/
- INSTAGRAM : https://www.instagram.com/safer.my/
- TWITTER : https://twitter.com/SAFERofficial
- YOUTUBE : https://bit.ly/safergroup