Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikeluarkan semalam, kes COVID-19 telah kembali meningkat hampir ke seribu kes. Sebanyak 957 kes baharu yang telah dilaporkan. Peningkatan terhadap jumlah kes tersebut berkemungkinan daripada sampel yang di peroleh daripada ujian COVID-19. Ujian yang dilakukan oleh KKM di kawasan – kawasan yang berzon merah dan di lapangan – lapangan terbang.
Walaubagaimanapun, kes pulih COVID-19 yang telah dilaporkan pada Sabtu lepas adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 1000 kes pulih COVID-19. Malah, kes pulih yang dilaporkan semalam juga turut berada di angka tinggi iaitu sebanyak 972 kes. Negeri Sabah mencatatkan kes pulih tertinggi semalam iaitu sebanyak 658 kes diikuti dengan negeri – negeri lain.
Menurut laporan KKM, negeri Sabah masih mencatatkan jumlah tertinggi dalam kes baharu COVID-19. Jumlah tersebut ialah sebanyak 644 kes yang telah dicatatkan diikuti dengan negeri Selangor iaitu sebanyak 225 kes. Banyak kes telah dikesan Sabah dan Selangor, berikutan dengan aktiviti di lapangan yang giat dijalankan termasuk pengesanan kontak rapat dan saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Plaza Hentian, Kajang.
Di Sabah, daripada 644 kes yang dilaporkan 97 kes baharu adalah daripada kluster – kluster yang sedia ada. Manakala, 401 kes adalah daripada 401 saringan yang dilakukan ke atas kontak rapat kes positif COVID-19. Bagi negeri Selangor pula, sebanyak 172 kes adalah daripada kluster – kluster dan termasuklah 16 kes baharu daripada kluster baharu iaitu Kluster Usaha. Lagi 39 kes adalah daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan 14 kes daripada lain – lain saringan.
KKM menyarankan untuk semua rakyat mematuhi arahan dan nasihat yang telah dikeluarkan. SOP yang ditetapkan juga perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada virus ini terus menular. Pemakaian pelitup muka, kerap membasuh tangan dan patuhi jarak sosial agar kita sama – sama dapat memutuskan rantaian COVID-19.
Rakyat juga mestilah mengelakkan 3S/3C iaitu elakkan berada di tempat sesak (crowded place), elakkan juga berada di tempat sempit (confined space) dan elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation).
Selain itu, rakyat juga perlu mengamalkan 3W iaitu kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan beri amaran (warn) seperti amalkan etika batuk dan bersin, elak kunjung mengunjungi, dapatkan rawatan jika bergejala dan sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia.