Kes COVID-19 di Selangor meningkat sebanyak 105 kes. Pada 3 November lepas kes COVID-19 di Selangor adalah sebanyak 125 kes sahaja. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes baharu yang dilaporkan semalam di Selangor adalah sebanyak 231. Ini telah menjadikan jumlah kes di Selangor ialah sebanyak 5410 kes yang telah direkodkan.
Kes baharu yang dilaporkan oleh KKM semalam masih berada di angka tinggi iaitu sebanyak 1032 kes dan kes pulih ialah sebanyak 820 kes.
Peningkatan ini berlaku mungkin disebabkan oleh kemunculan kluster baharu iaitu Kluster Aero. Malah, penularan daripada kluster – kluster yang sedia ada juga menjadi punya peningkatan kes COVID-19 di sana. Sebanyak 155 kes yang melibatkan kluster – kluster sedia ada dan kluster baharu itu.
Daripada jumlah 231 kes baharu itu, 40 kes adalah daripada saringan kontak rapat positif COVID-19. 1 kes pula didapati kes pulang daripada kawasan berisiko tinggi di Sabah dan 1 lagi kes saringan Severe Acute Respiratory Infections (SARI). Selebihnya pula adalah kes daripada lain – lain saringan iaitu sebanyak 34 kes.
Bukan itu sahaja, Negeri Sembilan juga adalah salah satu negeri yang berlaku peningkatan kes. Daerah Seremban di Negeri Sembilan akan dilakukan perlaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat (PKPB). Perintah ini dikuatkuasakan pada 5 November 2020 sehingga 18 November 2020.
PKPB DAERAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN BERKUATKUASA 5 HINGGA 18 NOVEMBER 2020 pic.twitter.com/WrmX93BLqI
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) November 3, 2020
Pihak Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri (MKNJPM) telah mengeluarkan notis berkaitan SOP di sepanjang PKPB yang akan di laksanakan di daerah Seremban. Antaranya ialah pergerakan keluar masuk ke kawasan PKPB tidak dibenarkan dan hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja yang sah atau surat daripada majikan dibenarkan.
SOP PKPB DI DAERAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN@IsmailSabri60@kkmm@KKMPutrajaya@JPenerangan pic.twitter.com/pb5t18q1bJ
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) November 4, 2020
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri (MKNJPM)