Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes COVID-19 yang dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meningkat kepada 469 kes. Kluster yang melaporkan kes yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 460 kes. Jumlah kes tersebut adalah lebih tinggi berbanding di negeri Sabah. Jumlah kes di negeri Sabah ialah sebanyak 381 kes. Peningkatan kes ini telah membuatkan jumlah kes COVID-19 di Malaysia pada 15 November 2020 ialah sebanyak 1208 kes.

Seperti yang telah di katakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,  kes di Semenanjung Malaysia kian meningkat melepasi jumlah kes COVID-19 di Sabah. Tambahnya lagi, kebimbangan dan juga tumpuan sekarang adalah di Semenanjung berikutan dengan peningkatan kes di kawasan zon merah. Disebabkan itu, kawalan pergerakan rentas daerah dan negeri di Semenanjung perlu dipertingkatkan bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

Penularan kes COVID-19 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah daripada kluster – kluster yang sedia ada iaitu sebanyak 462. Dua daripadanya ialah daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan lima daripadanya ialah lain – lain saringan COVID-19. Terdapat 3 kluster baharu yang telah dilaporkan semalam. Kluster tersebut ialah Kluster Plaza, Kluster Jalan Kalabakan dan Kluster Jeri.

BACA JUGA :   Menteri Disiasat Langgar Perintah Kuarantin - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kluster Plaza ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-42299 telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020. Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dan tujuh individu dikesan negatif.

Manakala, Kluster Jalan Kalabakan melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-31309) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober 2020. Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana kesemua 22 kes telah dikesan positif COVID-19.

Kluster Jeri melibatkan daerah Kota Tinggi, Mersing, dan Muar di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), Singapura pada 6 November 2020. Saringan kontak rapat di Malaysia telah mengesan sebanyak 26 kes positif COVID-19. Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,170 individu telah disaring. Daripada hasil saringan itu 26 kes dikesan positif COVID-19 dan 535 individu dikesan negatif. Terdapat 609 individu masih menunggu keputusan.

BACA JUGA :   5 Lokasi Air Terjun Menarik Yang Boleh Anda Kunjungi Di Malaysia

Walaupun begitu, kes sembuh yang telah direkodkan pada 15 November 2020 juga tinggi, iaitu sebanyak 1013 kes sembuh. Ini telah menjadikan jumlah kes sembuh COVID-19 sebanyak 34785 kes.

KKM menyarankan untuk semua mestilah mengelakkan 3S/3C iaitu elakkan berada di tempat sesak (crowded place), elakkan juga berada di tempat sempit (confined space) dan elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation).

Selain itu, mengamalkan 3W iaitu kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan beri amaran (warn) seperti amalkan etika batuk dan bersin, elak kunjung mengunjungi, dapatkan rawatan jika bergejala dan sanitasi tempat yang kerap disentuh.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here