Kes baharu COVID-19 semalam adalah sebanyak 660 kes. Dengan jumlah tersebut, ia telah menunjukkan penurunan daripada 4 angka ke 3 angka. Walaupun begitu, orang ramai masih tidak boleh berhenti mengikuti arahan yang telah ditetapkan dan juga SOP. Kerana kes COVID-19 masih tinggi walaupun berlaku penurunan.
Negeri Sabah mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi semalam, iaitu sebanyak 387 kes baharu yang telah dikenal pasti semalam. Jika sebelum ini negeri – negeri di Lembah Klang mempunyai bilangan kes yang tinggi.
Kes baharu yang dicatatkan semalam di Lembah Klang ialah sebanyak 173 kes. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berlaku pengurangan kes sebanyak 345 kes daripada 518 kes di Lembah Klang yang dicatatkan pada 17 November.
Kes pulih COVID-19 yang dicatatkan pula adalah sebanyak 630 kes. Ini telah menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih ialah sebanyak 37 254 kes. Oleh itu, setiap orang mestilah patuhi arahan PKPB dan SOP yang telah ditetapkan. Jika anda tidak mempunyai sebarang urusan, jangan keluar daripada rumah. Sekiranya anda terpaksa keluar pastikan anda mematuhi segala arahan yang telan ditetapkan.
KKM menyarankan untuk semua mestilah mengelakkan 3S/3C iaitu elakkan berada di tempat sesak (crowded place), elakkan juga berada di tempat sempit (confined space) dan elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation).
Selain itu, mengamalkan 3W iaitu kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan beri amaran (warn) seperti amalkan etika batuk dan bersin, elak kunjung mengunjungi, dapatkan rawatan jika bergejala dan sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)