Kes pulih COVID-19 yang dicatatkan semalam adalah sangat tinggi, berkat usaha daripada frontliner dan pihak kesihatan, kes pulih yang dicatatkan semalam adalah sebanyak 1345 kes. Ini telah menjadikan jumlah kes pulih COVID-19 di Malaysia ialah sebanyak 29 579 kes.
Negeri Sabah mencatatkan bayak kes pulih iaitu sebanyak 967 kes dan Selangor juga mencatatkan angka tinggi iaitu sebanyak 235 kes.
Kes baharu yang dicatatkan semalam adalah 972 kes. Kes baharu yang dicatatkan di Negeri Sabah telah berlaku penurunan iaitu sebanyak 370 kes. Jika hendak dibandingkan dengan kes yang telah direkodkan pada 8 November lepas yang sebanyak 524 kes. Kes baharu di Sabah semalam adalah lebih rendah. Penurunan tersebut ialah sebanyak 154 kes.
Kes baharu yang dicatatkan di Negeri Sembilan telah berlaku peningkatan iaitu sebanyak 156 peningkatan daripada 104 kes baharu yang dilaporkan pada 8 November. Kes yang dilaporkan semalam ialah sebanyak 260 kes. Disebabkan itu, setiap rakyat mestilah memeatuhi PKPB yang telah dilakukan kerajaan pada daerah Seremban, Negeri Sembilan. Ianya bagi mengelakkan daripada virus ini terus merebak tanpa henti.
Rakyat juga mestilah bersama – sama untuk melakukan langkah penjagaan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Ianya adalah untuk memastikan kita semua tidak terkena virus berkenaan. Rakyat juga mestilah bersama – sama untuk memutuskan rantaian COVID-19.
Menurut laporan KKM, terdapat 6 kluster baharu yang telah dilaporkan. Kluster tersebut ialah :
- Kluster Nahaba – Kota Belud, Sabah
- Kluster Numbak – Kota Kinabalu, Sabah
- Kluster Perigi – Klang, Selangor
- Kluster Seri Terapi – Kepong, KL dan Alor Gajah, Melaka
- Kluster Padang – Kota Tinggi, Johor
- Kluster Harmoni – Putrajaya
KKM menyarankan untuk semua mestilah mengelakkan 3S/3C iaitu elakkan berada di tempat sesak (crowded place), elakkan juga berada di tempat sempit (confined space) dan elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation).
Selain itu, mengamalkan 3W iaitu kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan beri amaran (warn) seperti amalkan etika batuk dan bersin, elak kunjung mengunjungi, dapatkan rawatan jika bergejala dan sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia.