Kes pulih COVID-19 kebelakangan ini mempunyai jumlah yang lebih tinggi daripada kes baharu COVID-19. Malah, jumlah kes pulih adalah sangat tinggi. Pada 31 Oktober, jumlah kes pulih adalah sebanyak 1000 kes, manakala untuk 1 November pula kes pulih adalah sebanyak 972 kes.

Menurut laporan yang dikeluarkan KKM, kes pulih COVID-19 semalam adalah sebanyak 900 kes. Walaupun berlaku penurunan sedikit tetapi jumlah tersebut adalah lebih banyak daripada jumlah kes baharu iaitu sebanyak 834 kes.

Malah, jumlah kes baharu yang dicatatkan semalam juga berlaku penurunan iaitu penurunan sebanyak 123 kes. Disebabkan itu, rakyat mestilah bersama – sama untuk melakukan langkah penjagaan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Ianya adalah untuk memastikan kita semua tidak terkena virus berkenaan. Rakyat juga mestilah bersama – sama untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Walaupun begitu, terdapat kluster – kluster baharu yang dilaporkan semalam. Menurut laporan KKM, kluster baharu yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 5 kluster. Kluster tersebut ialah Kluster PTS Tawau yang melibatkan Pusat Tahanan Sementara (PTS) di daerah Tawau, Sabah. Sebanyak 104 kes telah dikesan  positif COVID-19 dan 42 kes baharu. Manakala, seramai 1567 individu masih menunggu keputusan.

BACA JUGA :   Terokai Bangunan Bersejarah di Medan, Indonesia

Kluster Tenaga pula melibatkan Batu Arang di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes COVID-19 di Wilayah Persekutuan Labuan yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 105 kes baharu. Seramai 57 kes di kluster Tenaga yang dikesan positif dan 46 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Gedong ialah kluster yang melibatkan daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan, daerah Petaling di negeri Selangor, daerah Johor Baharu di negeri Johor, serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kluster Wisma Saberkas pula melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak dan terdapat 8 kes positif COVID-19. Manakala, terdapat 10 individu yang dikesan negatif dan 112 individu lagi masih menunggu keputusan. Kluster Seridana ialah kluster yang melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Lima individu dikesan positif COVID-19 dan 26 lagi individu masih menunggu keputusan.

BACA JUGA :   Selangor Mencatatkan Kes COVID-19 Tertinggi Sebanyak 1213 Kes.

KKM menyarankan untuk semua mestilah mengelakkan 3S/3C iaitu elakkan berada di tempat sesak (crowded place), elakkan juga berada di tempat sempit (confined space) dan elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation).

Selain itu, mengamalkan 3W iaitu kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan beri amaran (warn) seperti amalkan etika batuk dan bersin, elak kunjung mengunjungi, dapatkan rawatan jika bergejala dan sanitasi tempat yang kerap disentuh.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here