Daging Arnab Daulah membekalkan daging arnab buat para peniaga, restoran dan juga pada pengemar makanan daging arnab. Jika anda berminat mahu mendapatkan bekalan daging arnab boleh menghubungi pihak Daging Arnab Daulah. Terdapat banyak khasiat pada daging arnab.
Antaranya ialah daging arnab mempunyai protein yang tinggi dan juga mempunyai kandungan lemak yang sangat rendah. Kebanyakan daging arnab memberikan kesan yang positif terhadap tubuh badan dan kesihatan kita.
Seperti yang diberitahu daging arnab kaya dengan protein berkualiti (sekitar 21g per 100g) ia juga rendah kalori, malah kolestrol pada daging arnab juga rendah. Deenamik telah menyenaraikan beberapa fakta dan kelebihan daging arnab di bawah.
Fakta
- Daging arnab adalah daging putih.
- Sesuai untuk diet khusus, seperti untuk pesakit penyakit jantung, diet untuk orang tua, diet rendah natrium, diet pengurangan berat badan. (Untuk memastikannya dapatkan pendapat doktor anda mengenai jenis diet yang harus anda lakukan).
- Daging arnab mempunyai peratusan tinggi protein yang mudah dicerna.
- Ia mengandungi jumlah lemak paling sedikit di antara semua jenis makanan yang ada.
- Daging arnab mengandungi nilai kalori kurang daripada daging lain.
- Kolestrol pada daging arnab rendah
- Daging arnab mempunyai sumber protein yang bermutu tinggi.
- Daging arnab juga terdapat sumber vitamin, mineral dan unsur surih.
Sumber Fakta : RabbitFarm.In dan Rise And Shine Rabbitry
Kelebihan
- Pengambilan daging arnab yang terkawal juga boleh melancarkan aliran air kencing dan menghancurkan batu karang pada salur dan pundi kencing.
- Daging arnab juga dapat meningkatkan tenaga
- Meningkatkan kecerdasan otak
- Berkhasiat untuk meningkatkan tenaga batin golongan lelaki
- Sekiranya golongan wanita memakan hempedu arnab ianya baik untuk kesuburan
- Sistem imun tubuh badan kita akan menjadi kuat dan ia akan membersihkan usus daripada toksin dan gelangsar.
- Daging arnab ini dapat merawat dan mengubati.
- Daging arnab berguna bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis. Ianya kerana daging arnab mengurangkan tahap glukosa dalam darah.
Daging arnab memberikan kesan yang baik untuk kesihatan. Perlu di ingatkan bahawa setiap pengambilan makanan mestilah diambil dengan terkawal dan berpada – pada. Ianya untuk mengelakkan berlaku sebarang permasalahan.
Jika anda berminat mahu mendapatkan bekalan daging arnab, hubungi Daging Arnab Daulah. Daging Arnab Daulah adalah pembekal daging arnab. Anda boleh layari laman web kami untuk maklumat lanjut. Hubungi talian di bawah jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan bekalan daging arnab.
Daging Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/
Tuan Syed – 013 2090322