MySejahtera merupakan sebuah aplikasi yang dilancarkan oleh kerajaan pada 20 April 2020. Aplikasi ini bertujuan untuk membantu kerajaan dalam pengawasan pandemik COVID-19. Penggunaan aplikasi ini diwajibkan kerana maklumat pergerakan kita akan membantu kerajaan untuk mengenal pasti penularan COVID-19.

Seramai 23,953,970 pengguna telah mendaftar dan menggunakan aplikasi MySejahtera. Premis perniagaan yang turut mendaftar adalah sebanyak 1,058,853.

Dalam pada itu, mesti ramai yang tertanya – tanya bagaimana aplikasi ini membantu dalam mengesan kes COVID-19. Menerusi kenyataan akhbar KPK semalam, aplikasi MySejahtera banyak membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengesan kes positif COVID-19. Terdapat 2 kaedah dalam mengesan kes COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Kaedah yang pertama ialah menerusi penilaian kesihatan kendiri. Penilaian ini dilakukan oleh pengguna semasa mendaftar menerusi aplikasi tersebut. Kes COVID-19 dikesan apabila pengguna menilai risiko terhadap COVID-19 mengikut kriteria dalam garis panduan KKM. Menerusi kenyataan akhbar kpk, seramai 1561 kes telah berjaya dikesan dan disahkan positif COVID-19 dengan menggunakan kaedah penilaian kesihatan kendiri.

BACA JUGA :   Harimau Malaya Tundukkan Gajah Perang Di Laman Sendiri

Selain daripada kaedah penilaian kesihatan kendiri, kaedah kedua dalam mengesan COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera ialah pengesanan kontak rapat melalui semakan data. Pengesanan kontak rapat melalui semakan data ini dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dengan pengkalan data MySejahtera. Melalui cara ini, pengguna yang mempunyai potensi sebagai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 akan dikenal pasti menerusi aplikasi ini.

Pengguna aplikasi MySejahtera tidak perlu risau tentang data yang diambil. Ini kerana aplikasi ini telah diterapkan ciri – ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi rahsia serta keselamatan data. Seperti yang dijelaskan, data yang telah dikumpul bertujuan untuk pengesanan kontak rapat sahaja dengan punca kuasa di bawah “Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988” dan “Akta Perubatan 1971”.

BACA JUGA :   Peluang Pengajian Di Kursk State Medical University Sesi Disember 2020.

Maklumat peribadi pengguna yang dikumpulkan juga dilindungi oleh “Akta Perlindungan Data Peribadi 2010”. Untuk makluman semua, data Check-In yang dikumpulkan akan diarkibkan selepas 30 hari dan akan dihapuskan selepas 90 hari.

Sumber : Kenyataan Akbar KPK (19 November 2020)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here