Daging Arnab Daulah adalah pembekal daging arnab, jika peniaga, restoran dan juga pengemar daging arnab yang ingin mendapatkan bekalan daging boleh membeli daging arnab dan terus berurusan dengan Daging Arnab Daulah.
Memakan daging arnab sudah tidak asing pada kebanyakan masyarakat. Tetapi daging arnab berkemungkinan susah untuk dijumpai di kedai – kedai runcit mahupun pasar raya. Jika hendak dibandingkan dengan daging ternakan yang lain, daging arnab agak sukar untuk diperoleh melainkan anda semua tahu pembekal daging arnab.
Rasa daging arnab tidak akan dapat disamakan dengan mana – mana daging ternakan yang lain. Ini kerana daging arnab penuh dengan protein dan juga sangat enak. Seperti yang anda tahu, daging arnab halal di makan kerana arnab bukanlah haiwan yang bertaring dan memekan daging.
Diet arnab adalah daripada sayuran, buahan dan juga palet. Disebabkan itu, makanan dan juga gaya hidup arnab telah membuatkan tahap lemak pada badan mereka rendah. Berbanding dengan daging ternakan yang lain terutama sekali daging lembu, arnab memiliki sedikit lemak.
Walaupun, ayam dianggap salah satu daging tanpa lemak, tetapi arnab mempunyai sedikit lemak dan banyak protein. Jika hendak dibandingkan antara daging arnab, ayam dan lembu, daging lembu sabgat berlemak.
Menurut portal kesihatan LIVESTRONG.com, terdapat banyak nutrisi yang ada pada daging arnab. Seperti yang kita ketahui arnab sangat mudah untuk dibiak memandangkan dengan saiznya yang kecil. Berikut adalah fakta tentang nutrisi arnab.
Di dalam setiap 100 gram arnab peliharaan, kita boleh mendapati bahawa :
- 20.1 gram protein, yang merupakan 40 peratus daripada nilai harian (DV)
- 9 peratus DV untuk besi
- 7 peratus DV untuk kalium
- 5 peratus DV untuk magnesium
- 17 peratus DV untuk fosforus
- 14 peratus DV untuk zink
- 43 peratus DV untuk selenium
- 298 peratus DV untuk vitamin B12
- 8 peratus DV untuk thiamin (vitamin B1)
- 12 peratus DV untuk riboflavin (vitamin B2)
- 45 peratus DV untuk niasin (vitamin B3)
- 16 peratus DV untuk vitamin B5
- 29 peratus DV untuk vitamin B6
Seperti yang kita dapat lihat pada senarai di atas, arnab peliharaan mempunyai pelbagai vitamin dan mineral, disebabkan itu arnab sangat kaya dengan nutrisi.
Sumber : LIVESTRONG.com
Sekiranya anda berminat mahu mendapatkan bekalan daging arnab, hubungi talian di bawah dan anda juga boleh layari laman web Daging Arnab Daulah. Para peniaga dan juga pengemar daging arnab yang mahukan bekalan daging arnab, boleh dapatkannya menerusi Daging Arnab Daulah.
Daging Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/
Tuan Syed – 013 2090322