Peningkatan kes positif COVID-19 yang tinggi di Selangor melibatkan Kluster Teratai iaitu sebanyak 1511 kes. Jumlah kes yang melibatkan Kluster Teratai ini merupakan yang paling tinggi berbanding dengan kluster lain.
Jumlah kes baharu yang dilaporkan semalam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah sebanyak 2188 kes.
Menurut laporan KKM, peningkatan kes yang berlaku di Selangor dan Lembah Klang adalah berkait rapat dengan kluster – kluster di tempat kerja.
Sebanyak 119 kluster yang melibatkan tempat kerja dan 5 daripadanya telah melaporkan jumlah kes yang tinggi. 5 kluster yang merekodkan jumlah tinggi ialah Kluster Teratai, Kluster Tapak Bina Damanlela, Kluster Cergas, Kluster Hentian dan Kluster Kaya.
Daripada, 119 kluster tersebut, 36 kluster telah tamat dan terdapat 83 kluster yang masih aktif. Manakala, jumlah individu yang telah disaring yang melibatkan kluster tempat kerja ialah sebanyak 77 201 individu. Setelah disaring, didapati 12 079 individu telah didapati positif kes COVID-19. Berikut adalah 5 kluster yang merekodkan jumlah tinggi kes COVID-19.
- Kluster Teratai, Kuala Lumpur dan Selangor
- Jumlah Kes : 4036
- Jumlah Disaring : 5777
- Warganegara : 190 ; Bukan Warganegara : 3846
- Kluster Tapak Bina Damanlela, Kuala Lumpur dan Selangor
- Jumlah Kes : 1539
- Jumlah Disaring : 3496
- Warganegara : 37 ; Bukan Warganegara : 1502
- Kluster Cergas, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan
- Jumlah Kes : 1337
- Jumlah Disaring : 5189
- Warganegara : 268 ; Bukan Warganegara : 1069
- Kluster Hentian, Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya dan Negeri Sembilan
- Jumlah Kes : 1101
- Jumlah Disaring : 9204
- Warganegara : 215 ; Bukan Warganegara : 886
- Kluster Kaya, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor, Kelantan dan Perak
- Jumlah Kes : 900
- Jumlah Disaring : 4391
- Warganegara : 503 ; Bukan Warganegara : 397
Menerusi Kenyataan Akhbar KPK semalam, KKM menyarankan majikan untuk bertanggungjawab menyediakan tempat kediaman pekerja yang kondusif serta memastikan pekerja mereka sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 di kediaman dan tempat kerja. Tambahan pula bagi industri yang menggunakan banyak tenaga kerja daripada kalangan bukan warganegara. Antara amalan-amalan yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut:
- Pemeriksaan suhu badan dan gejala sebelum memasuki tempat kerja;
- Penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer;
- Kerap melaksanakan proses pembersihan dan pembasmian kuman terutamanya ruang guna sama;
- Amalan jarak sosial selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan (pantry);
- Pastikan pekerja tidak berkumpul di ruang sempit (confined space);
- Elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa (congregation); dan
- Pastikan jarak 1 meter semasa pekerja bertutur dengan satu sama lain (close conversation).
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)