Daging arnab secara semula jadinya sudah memberikan kesan yang baik untuk kesihatan. Namun, setiap makanan yang dimakan mestilah diambil dengan terkawal. Ianya kerana untuk mengelakkan berlaku sebarang permasalahan.

Bagi pengemar daging arnab dan juga para peniaga serta restoran yang mahukan bekalan daging arnab. Anda semua kini boleh mendapatkan bekalan daging arnab menerusi Daging Arnab Daulah. Jika anda berminat mahu mendapatkan bekalan daging arnab boleh menghubungi pihak Daging Arnab Daulah.

Daging arnab mempunyai protein yang tinggi dan juga mempunyai kandungan lemak yang sangat rendah. Selain daripada dagingnya yang enak, ada yang mengatakan bahawa rasa daging arnab adalah seolah – olah seperti daging ayam. Mari kita lihat perbandingan antara daging arnab dan ayam.

Vitamin

Daging arnab sangat kaya dengan Vitamin B12, ianya nutrien yang membantu menjaga kesihatan saraf dan sel darah badan. Malah, Vitamin B12 turut membantu mencegah anemia iaitu anemia megaloblastik yang membuat orang letih dan lemah. Selain itu, daging arnab juga kaya dengan Vitamin E. Daging arnab mempunyai lebih rendah dalam vitamin B kompleks kecuali B12. Tetapi daging arnab masih merupakan sumber pyridoxines (B6) dan niasin (B3). Daging arnab tidak mengandungi Vitamin A, Vitamin D dan Vitamin C.

BACA JUGA :   Dapatkan Bekalan Daging Arnab Secara Online Di Arnab Daulah.

Manakala, daging ayam pula ia adalah sumber yang baik dari beberapa vitamin B, termasuk niasin (B3), pantothenic (B5) dan pyridoxines (B6). Vitamin B3 diperlukan untuk metabolisme tenaga, terutamanya untuk menukar karbohidrat menjadi tenaga yang boleh digunakan oleh sel. Seperti kebayakan vitamin B, Vitamin B5 juga membantu metabolisme tenaga, membantu mengubah karbohidrat dan lemak menjadi tenaga yang boleh digunakan sel – sel badan. Vitamin B6 membantu memecah protein dan menyokong sistem saraf yang sihat.

Mineral

Daging arnab mengandungi kepekatan zat besi tertinggi dalam semua jenis daging. Daging arnab juga lebih tinggi dalam sumber mineral kalsium, potasium dan magnesium jika hendak dibandingkan dengan daging ayam mahupun lembu. Daging arnab juga mengandungi kadar fosforus, tembaga, zink dan kolin yang optimum. Kelebihan lain dari daging arnab ialah mengandung kadar natriumĀ  yang rendah, ianya sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

BACA JUGA :   Rendah Kolestrol Antara Kebaikan Daging Arnab

Bagi daging ayam pula, ia juga mengandungi mineral seperti magnesium, kalsium, fosforus dan zink. Selain itu, kandungan kolesterol juga rendah, kecuali kulit. Secara umum, ia mengandungi hampir semua elemen jadual berkala. Termasuk kalsium, sejumlah besar diserap dari kulit (55 mg), magnesium (12 mg), zat besi, sodium dan banyak lagi.

Kesimpulannya, daging arnab adalah lebih kaya dalam minerals jika hendak dibandingkan dengan ayam. Ayam pula mempunyai kolestrol yang lebih rendah dan antara daging ayam dan daging arnab, daging ayam adalah lebih murah. Bagi vitamin pula daging ayam mempunyai lebih banyak vitamin berbanding dengan daging arnab.

Jika anda berminat mahu mendapatkan bekalan daging arnab dan mempunyai sebarang pertanyaan. Anda boleh layari laman web Daging Arnab Daulah dan juga menghubungi talian di bawah untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Daging Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/

Tuan Syed – 013 2090322

Sumber : FOODSTRUCT & LIVESTRONG

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here