Perlaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat (PKPB) akan dilakukan di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Perintah kawalan pergerakan ini dikuatkuasakan pada 5 November 2020 sehingga 18 November 2020. PKPB di daerah Seremban ini dilakukan berikutan dengan peningkatan kes di negeri tersebut.

Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikeluarkan semalam, Negeri Sembilan mencatatkan 90 kes baharu dan menjadikan jumlah kes di negeri itu sebanyak 1836 kes.

Pihak Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri (MKNJPM) telah mengeluarkan notis berkaitan SOP di sepanjang PKPB yang akan di laksanakan di daerah Seremban. Antaranya ialah pergerakan keluar masuk ke kawasan PKPB tidak dibenarkan dan hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja yang sah atau surat daripada majikan dibenarkan.

Peningkatan kes yang berlaku di lokasi – lokasi yang berada di zon merah masih meningkat. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh KKM semalam, jumlah kes baharu yang telah direkodkan adalah sebanyak 1009 kes. Walaupun berlaku penurunan sedikit tetapi kes COVID-19 yang masih 4 angka ini sangat membimbangkan.

BACA JUGA :   Topeng Muka Ditempah Jerman Hilang di Kenya

Walaupun kes yang dilaporkan sangat tinggi, kes pulih juga berada di angka yang tinggi iaitu sebanyak 839 kes. Ini telah menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula sebanyak 10 503 kes. Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 36 434 kes. Sebanyak 6 kematian telah direkodkan semalam dan menjadikan jumlah kematian sebanyak 277 kes.

KKM menasihati rakyat Malaysia supaya mengikuti nasihat dan saranan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan pihak KKM. Iaitu mengamalkan 3C/3S dan mengelakkan 3W. Malah, rakyat juga perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk mengelakkan dari terkena virus tersebut.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri (MKNJPM)

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Dhaka Dental College

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here