Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2020. Oleh itu, setiap rakyat perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Ini kerana seperti yang telah dijelaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kenyataan media.

Sekiranya berlaku peningkatan kes – kes jangkitan di lokasi tertentu, kerajaan akan melaksanakan pendekatan secara bersasar seperti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) atau Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) seperti yang telah dilaksanakan di beberapa kwasan sebelum ini.

Tambahnya lagi, dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil. Ianya bertujuan untuk memastikan semua pihak mematuhi SOP dan protokol kesihatan yang telah ditetapkan.

Walaupun, PKPP telah dilaksanakan masih ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Rakyat Malaysia mestilah mengambil inisiatif untuk mengikuti segala arahan yang telah ditetapkan. Ini kerana kita semua mahu memutuskan rantaian COVID-19 daripada terus menular.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University, Universiti Perubatan Terbaik Di Rusia.

Hal ini berikutan dengan peningkatan kes COVID-19 yang berlaku kebelakangan ini. Oleh itu, kita semua mesti mengambil serius dengan setiap arahan dan nasihat yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dan KKM. Pada 6 November 2020, kes COVID-19 di negara Malaysia melonjak tinggi dengan jumlah kes baharu yang dicatatkan pada hari itu adalah yang tertinggi di sepanjang pandemik COVID-19 di Malaysia iaitu sebanyak 1755 kes.

Peningkatan kes yang berlaku di lokasi – lokasi yang berada di zon merah masih meningkat. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh KKM , jumlah kes baharu yang telah direkodkan adalah sebanyak 852 kes. Walaupun berlaku penurunan sedikit tetapi kes COVID-19 yang masih tinggi dan ini sangat membimbangkan.

BACA JUGA :   Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2020

Walaupun kes yang dilaporkan sangat tinggi, kes pulih juga berada di angka yang tinggi iaitu sebanyak 825 kes. Ini telah menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula sebanyak 11 689 kes. Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 40 209 kes. Sebanyak 4 kematian telah direkodkan semalam dan menjadikan jumlah kematian sebanyak 286 kes.

KKM menasihati rakyat Malaysia supaya mengikuti nasihat dan saranan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan pihak KKM. Iaitu mengamalkan 3C/3S dan mengelakkan 3W. Malah, rakyat juga perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk mengelakkan dari terkena virus tersebut.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sumber Video : Youtube Harian Metro

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here