Sumber Video : Youtube Harian Metro
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang bukanlah satu kegagalan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan pada sidang media COVID-19 semalam, bahawa beliau tidak melihat PKPB sebagai gagal.
Beliau mengatakan yang ini adalah peluang bagi kita untuk mendapatkan keseimbangan yang betul. Tambahnya lagi, sejauh ini PKPB berfungsi dengan baik, walaupun ia mengambil masa lebih lama, berbanding dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Satu-satunya justifikasi terbaik untuk ini adalah melaksanakan PKPB kerana jika kita melaksanakan PKP, kesannya sangat tinggi. Oleh itu, ini adalah sebab mengapa PKPB dilaksanakan. Apa yang lebih penting ialah kerjasama dan setiap individu mereka boleh mematuhi SOP. Terutama, bagi faktor sosial dan faktor ekonomi.
Mengulas lebih lanjut tentang hal ini, pihak KKM membenarkan sektor ekonomi untuk terus berfungsi. Tetapi bagi bagi faktor sosial pula, jika orang ramai boleh mengawal pergerakan dan membantu kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19. Duduk di rumah jika tidak ada sebab untuk keluar dan jika perlu keluar dari rumah, pastikan anda semua mematuhi SOP.
Seperti yang dijelaskan, jika melaksanakan PKP, dengan meletakkan semua orang di rumah selama 2 minggu akan dapat memutuskan rantai COVID-19. Tetapi, kerana masih ada pergerakan dan itu menjadi masalah, pihak KKM berharap untuk dapat mengurangkan pergerakan tersebut.
PKPB di Lembah Klang tidak gagal. Ia satu pilihan positif untuk kita seimbangkan ekonomi dan kesihatan. Keberkesanannya ambil masa. Semua individu perlu mainkan peranan. Duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar. – @DGHisham #stayathome pic.twitter.com/BQhw8ggVFw
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) November 16, 2020
Oleh itu, setiap orang mestilah mematuhi SOP yang telah ditetapkan. KKM menyarankan untuk semua mestilah mengelakkan 3S/3C iaitu elakkan berada di tempat sesak (crowded place), elakkan juga berada di tempat sempit (confined space) dan elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation).
Selain itu, mengamalkan 3W iaitu kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan beri amaran (warn) seperti amalkan etika batuk dan bersin, elak kunjung mengunjungi, dapatkan rawatan jika bergejala dan sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)