Hari Diabetes Sedunia ialah suatu kempen kesedaran sejagat bagi penyakit kencing manis (diabetes mellitus). Hari Diabetes Sedunia disambut pada 14 November setiap tahun, sempena tarikh lahir Frederick Banting yang mencetuskan idea yang membawa kepada penemuan insulin pada 1922 bersama dengan Charles Best.
Hari Diabetes Sedunia diperkenalkan pada 1991 oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai gerak balas terhadap peningkatan membimbangkan diabetes di seluruh dunia. Hari Diabetes Sedunia mengguna pakai tema baharu yang dipilih persekutuan setiap tahun bagi menumpukan perhatian terhadap isu yang dihadapi penghidap diabetes sejagat. Pada tahun ini tema tersebut ialah Diabetes : Jururawat Nadi Perubahan.
Pada sidang media COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dalam kita memenangi COVID-19, harus diigatkan penyakit tidak berjangkit juga perlu dikawal. Tambahnya lagi, “Sehingga kini terdapat 3.8 juta orang mengidap penyakit diabetes di Malaysia.”
Tema hari Diabetes pada tahun ini ialah Diabetes : Jururawat Nadi Perubatan. Tema tersebut diangkat atas peranan yang dimainkan oleh jururawat dalam aktiviti pencegahan, saringan, rawatan serta pemulihan pesakit diabetes.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut mengingatkan dalam pada meraikan Sambutan Hari Deepavali, jangan lupa untuk makan secara berhemah dan SOP yang telah ditetapkan juga perlu dipatuhi dan juga menjalani saringan kesihatan.
Tambahnya lagi, sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada pihak jururawat dan lain – lain petugas barisan hadapan. Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya bermula pada jam 7 malam hari ini sehingga 15 November 2020, light up blue di Putrajaya akan berlansung. Bangunan – bangunan dan persekitaran di Putrajya akan dilimpahi dengan cahaya biru.
Ia sebagai tanda penghargaan kerana terus cekal dalam memberikan penjagaan penyakit diabetes dan penjagaan penyakit kronik yang lain terutama dalam keadaan semasa yang mencabar ini.
Sumber Video : Yotube Harian Metro