Temasya Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma yang dijangka diadakan pada tahun 2020 ini terpaksa ditunda berikutan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia. Sukan ini dijagka diadakan di Johor terpaksa ditunda lagi sekali selepas menerima cadangan daripada Sekretariat Sukma Johor dan juga kerajaan Johor.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican berkata lokasi untuk temasya ini adalah tetap negeri Johor kerana negeri Johor telah hampir 99% bersedia dari pelbagai segi. Antaranya adalah seperti pengurusan, teknikal, kemudahan dan fasiliti serta perancangan.
Perancangan asal adalah pada bulan mac dan April tahun 2021 dan bakal ditunda pada tahun 2022 pada tarikh yang akan diberitahu kemudian. Sebelum bertindak dalam menunda temasya sukan ini, Menteri Belia dan Sukan telah mengambil kira dari pelbagai pihak dan sudut.
Antara penyebab utama Sukma ditunda adalah terdapat kesukaran dalam menyediakan jaminan keselamatan kesiharan kepada hampir 30,000 orang yang terlibat. Ianya termasuklah atlet, jurulatih, pegawai, sukarelawan dan juga pengurusan. Jumlah anggaran 30,000 itu belum termasuk penonton dan juga peminat sukan.
Untuk pengetahuan, Sukama telah ditangguhkan sebanyak dua kali sebelum ini. Hal ini telah mengakibatkan peningkatan kos pengurusan dan juga beri tekanan kepada pelaksanaan program latihan atlet di negeri-negeri peserta.
Tambahan, keputusan yang diambil adalah berdasarkan kepada kalendar temasya sukan tempatan dan antarabangsa pada tahun 2021 yang terlalu rapat dengan beebrapa tarikh penting, Antaranya ialah sambutan bulan Ramadan yang berlangsung dari 13 April hingga 13 Mei 2021. Terdapat juga temasya sukan seperti berikut :
- Kejohanan Bola Sepak Euro 2020 (11 Jun – 11 julai)
- SUkan Olimpik Tokyo (23 Julai – 8 Ogos)
- Paralimpik Tokyo (24 Ogos – 5 September)
- Sukan SEA Vietnam
Diharapkan dengan penangguhan ini, para atlet dapat meneruskan program harian mereka seperti biasa. Semoga wabak COVID-19 ini hilang dan keadaan pulih seperti biasa.