Baru – baru ini negara Indonesia telah menerima 1.2 juta dos vaksin COVID-19 daripda negara China. Vaksin yang tersebut adalah vaksin Sinovac. Menurut portal berita CNN Indonesia, vaksin Sinovac merupakan jenis vaksin yang inactivated vaccine.ย Apa yang dimaksudkan dengan inactivated vaccine ni?

Vaksin menggunakan virus yang lemah atau tidak aktif untuk melihat tindak balas imun. Selain itu, vaksin yang tidak aktif memerlukan beberapa dos dari masa ke masa untuk mendapatkan imuniti berterusan terhadap penyakit ini.

Sumber : Detik News

Untuk vaksin ini, virus atau bakteria tertentu dibunuh dengan haba atau bahan kimia, dan sel-sel mati dimasukkan ke dalam badan. Walaupun patogen sudah mati, sistem kekebalan tubuh masih dapat belajar dari antigennya bagaimana memerangi versi hidupnya di masa depan.

BACA JUGA :   Cabang Kerjaya dalam Bidang Veterinar

Presiden Indonesia, Presiden Joko Widowo menyatakan bahawa Indonesia akan menerima tambahan vaksin sebanyak 1.8 juta dos vaksin COVID-19. Vaksin tersebut akan tiba pada awal Januari 2021.

Menurut portal Detiknews, enam vaksin virus Covid-19 yang akan digunakan di Indonesia, ia telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Indonesia. Selepas mendapat kebenaran atau persetujuan oleh Badan Pengawas Ubat dan Makanan (BPOM) di Indonesia, vaksin tersebut boleh digunakan.

Bagi Malaysia pula, bekalan vaksin akan diterima pada suku pertama tahun hadapan. Kenyataan tersebut diungkapkan oleh Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat.

Malaysia sudah menandatangani dua perjanjian yang memberi jaminan bekalan vaksin 30% daripada jumlah populasi negara.ย Tambahnya lagi, kerajaan juga telah mengambil pendekatan mengenal pasti portfolio vaksin daripada pelbagai syarikat bagi memastikan bekalan yang cukup untuk rakyat negara ini.

BACA JUGA :   Kes COVID-19 telah cecah 4.41 juta di seluruh dunia

Sumber : CNN Indonesia, Detik News, OHBulan

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here